Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, December 9, 2010

Muhasabah Untuk Ahli-Ahli PAS! [Wajib Baca]

Sekadar Gambo Hiasan... Ahli PASZBB!

PAS Masih Untuk Orang Kuat PAS

Setelah tidak menjadi orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang.

Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti. Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji.

Dimana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja.

Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS?

Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS?

Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang?

Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun.

Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga.

Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai.

Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

Zolkharnain Abidin

12 comments:

orang utara said...

Salam Saudara,
Apa masalahnya dengan usrah, tamrin, mesyuarat di kalangan pimpinan PAS...? Apakah mau ditinggalkan semua itu hanya kerana ianya tidak melibatkan pengikut?? Pemimpinlah yang wajib ada tarbiyah, sedangkan pengikut nak ajak usrah pun payah, nak salah siapa??? Takkan nak salahkan pemimpin juga.

Soal pemimpin umno mudah bergaul dengan orang kampung dan ringan menghulur bantuan, takkan nak bandingkan dengan ketidak mampuan pimpinan PAS pula.

Memang mereka mudah hulur bantuan kalau Ketua Bahagian pun dapat pertuntukan sampai RM1.5 juta. Tapi pemimpin PAS apa ada?? Kena keluar duit poket sendiri, maka padan padanlah nak bagi bantuan kepada masyarakat.

Sudah sudahlah membandingkan PAS dengan umno. Apakah umno makan rasuah, maka kita pun perlu telan rasuah juga.?

sunsnake@budakbalun said...

W.salam..

Yang baik kita teruskan.. malahan
itulah bezanya perjuangan Islam kita dengan perjuangan Islam UMNO..

yang baik dari UMNO kita usahakan buat jugakk..
tak RM1.5juta macam UMNO RM1.50 takat yang kita ada..

Islam itu betul..
tapi cara perlaksanaan kena kreatif..
Macam mana betul pun Islam kalau taktik salah.. boleh kalah gak dengan kebatilan!

tak gitu? hehehehe

Mohamadazhan hjDesa said...

orang utara ni cepat melatah pula, i org kedah mai cantas.hehe

sabar2, bukan usrah tamrin tu salah,cuba baca elok2 artikel tu, yang nak disampaikan tu adalah aura PAS tu kuat pada ahli yang aktif shja tetapi aura tu tak sampai kepada ahli biasa yang tidak terlibat usrah dan tamrin. bukan tak mau usrah dan tamrin, apa yang baik kita teruskan.

tetang bnding dgn UMNO, isu jumpa rakyat tu. tak salah kalau perbndingan itu utk kebaikan PAS, bukan semua UMNo buat tu salah belaka kan. Jumpa rakyat tak semestinya denga duit kan?

setiap ahli kena lebih terbuka utk menerima kebaikan dan bentuk strategi lebih mantap. mana baik kita ikut, mna tak elok kita buang lah ya.hehe

teruskan perbincagan utk masa depan PAS yag lebih gemilang!

blogenstarz said...

Salam
ABB. Teman tak lah terer pasal nak berusrah atau bertamrin.Cuma teman rase penyokong PAS kena banyak bergaul dengan kelompok BN.Jangan pinggirkan kaum remaja yang bukan ahli keluarga PAS.Buangkan sedikit ketaksuban terhadap PAS bila berada ditempat awam.Jangan pakai tanda yang menunjukan kita ahli PAS.
Tanda yang sebenar2nya adalah pada PRU/PRK nanti.
Teman biasa dengan situasi dimana ahli PAS hanya bergaul dengan ahli PAS saja.Bila ada orang lain nak bergaul,mereka tarik muka seribu.Ini pengalaman teman semasa diTrolak Selatan.....
Teman memang beranggapan -
"Beginikah orang2 PAS sesama melayu"?
Kadang2 teman fade up dengan situasi begitu.....
Contohilah CINA - Walaupun berbeza fahaman politik dan berlainan agama,Tetapi mereka masih setia dengan budaya mereka.
Tak ada beza CINA MCA/GERAKAN/DAP/PKR berbanding dengan melayu PAS/UMNO.......
Bayangkanlah....

salam ikhlas.
Pintu gerbang dah ada belum ?

sunsnake@budakbalun said...

Azhan..
Untuk Masa Depan Islam yang PASTI gemilang!! Allahuakbar!

blogen..
Ada benarnya kata mike tu..
PAS kena ubah penampilan dan dalam masa yang sama kikis 'ketakutan' orang lain a.k.a rakyat dengan imej PAS...
tak dinafikan, imej 'alim' bukan suatu kemestian..

memang la takde beza cina..
sebab tu cina buddha dan kristian xleh beza..

p/s: pintu gerbang Balun tu pakat takdak dah laa.. kena tunggu budget lain nak buat baru.. huhuhu

orang utara said...

Salam semua,
Mungkin saya silap, namun saya merasakan artikel tu banyak berkisar soal perbezaan aktiviti dan sumbangan antara PAS dan umno. Maka input saya pun dalam aspek itulah juga.

Sebab tu saya kaitkan dari segi keterbatasan dana yang PAS ada.

Contoh mudah begini sajalah, di DUN saya ada 18 peti undi. Nak sambut raya puasa hari tu, Ketua umno bahagian supply duit RM1000 satu cawangan. Orang kampung pun pakat berayalah, makan free. Kalau semua peti undi dapat, maka dalam bab sambut raya saja umno belanja RM18 ribu. PAS buat apa..? nganga.

Bantuan banjir tahun lepas, setiap mangsa dapat RM500 sebelum sambut puasa baru ni. PAS bagi apa...? nganga lagi.

Contoh lain pula, awal bulan hari tu 20 orag anggota unit amal PAS turun membaiki rumah seorang warga miskin di satu kampung. Lajnah kebajikan sumbang sekitar RM1000 beli bahan binaan. Sumbangan sebanyak itu hanya cukup untuk beli bata dan simen. Kerja disiapkan dalam satu hari, sekadar selesai ikat bata dinding rumah. Pembaikan rumah itu terbengkalai sehingga ke hari ini, dah tak ada duit.

Kalaulah umno ambil kesempatan pi hantar RM5000 menyiapkan rumah itu, rasanya pemimpin PAS akan jadi sasaran makianlah selepas ini.

Bagaimana pula dengan sumbangan jersi dan bola, baiki bumbung rumah yang bocor, khemah kenduri, pelajar nak masuk universiti, orang nak pi buat haji dan seribu satu macam lagi. Kalau nak fikir semua tu, rasanya elok PAS angkat bendera puteh.

Apakah makna itu semua...? Maknanya, kalau dibandingkan sumbangan dan aktiviti antara umno dan PAS, tak mampu kita nak lawan mereka. Memang memang sah sah boleh kat umno. Dengan keterbatasan serba serbi, PAS hanya boleh nganga sajalah.

Tapi PAS tetap teruskan juga agenda ikut kemampuannya, natijahnya terserah kepada ketentuan Allah. Jadi pakat pakat tolong bagi idea dan bagi sumbangan.

Maaflah kalau aku tersilap fakta.

Mohamadazhan hjDesa said...

insyaallah, kuatkan ukhwah mantapkan perpaduan semua.amin ;)

Abdur Raheem said...

Assalamualaikum,

Ini cerita kat Selangor.

Lepas pru12 hari tu ramailah puak2 umno pekat yang bekerja dipondok umno sebelum pru masok PAS.
1 orang dari mereka dapat jadi Ketua kampong merangkap Pengerusi JKKK. Maka secara otomatik member2 dia yang baru masuk PAS jadi AJK JKKK.
Dalam pemilihan ajk masjid selepas itu, mereka ni melobi pula dan sebilangan besar AJK MASJID adalah ajk jkkk tadi.
Saya tidak tahu sama ada mereka ingin berubah atau ada udang disebalek batu tetapi pengurusan masjid jadi kacau bilau.
Malang sekali, pihak PAS KAWASAN tidak pulak panggil usrah ke, tamrin ke taklimat ke..... untuk ahli2 baru ni.
Alamatnya pandangan orang kampong ialah PAS tak mesra rakyat dan pentingkan diri sendiri. Padahal yang berbuat semua tu adalah ahli baru masok PAS.

Sekian.

sunsnake@budakbalun said...

Orang utara..
Kalau kita ceritakan perihal dana..
sememangnya itulah cabaran paling ampuh untuk kita hadapi!
Dan itulah uniknya PAS.. tanpa dana pun PAS mampu digerakkan oleh ahli-ahlinya.. walaupun hakikatnya kita bergerak tak selancar UMNO!

Tapi sedarkah kita...
Kerana itulah juga PAS semakin diterima oleh rakyat..
Hasil usaha pejuang-pejuang Islam PAS terdahulu yang tiada dana sebesar sekarang telah berjaya membina tapak yang kukuh untuk kita golongan yang terkemudian meneruskan perjuangan mereka!

Sedarkah kita..
tanpa dana UMNO PASTI akan tumbang!
Sangat mustahil mereka mahu melaksanakan aktiviti tanpa dana!
InsyaAllah..

Raheem..
Sepatutnya.. orang2 lama PAS disitu memantau..
Bukan semua ahli2 UMNO yang masuk PAS boleh terima cara PAS..
Macam mana ahli2 PAS boleh izinkan golongan ini memegang jawatan penting?
Contohilah bagaimana PAS pusat buat pada YB Kamaruddin Jaafar..
Selepas dia keluar UMNO dan masuk PAS, walaupun dia berkelayakan dan berpengalaman, PAS tak lantik dia terus ke jawatan tinggi..
Cukup sekadar AJK.. Setelah terbukti dia benar2 diyakini, barulah dia dilantik sebagai SU agung PAS(lantikan)..

Sepatutnya.. untuk ahli2 baru ini, kita pasakkan mereka dengan aktiviti2 asas PAS iaitu Usrah,tamrin,kuliah haraki,qiamullail dan sebagainya..
monitor mereka..

teman rasa PAS kawasan kamu tu kena adjust balik yeob!

Wallahua'lam

keluhum said...

Salam Yob..
teman nk citer sket perihal PAS kt kawasan teman..
Mcm UMNO perangai depa wlwpon pakai songkok putih..
Berebut jawatan smpai merajuk bertahun-tahun..
Masih jauh dari aura PAS pusat..
Nk lobi calon yg org x kenal..
Walhal UMNO bermasalah tp PAS tempat teman pun x cerdik,ikut jugak bermasalah..Calon Keadilan lebih disenangi sbb wlwpon kalah,masih ambil tahu kesusahan penduduk,cari org2 susah utk dibantu..muka org PAS muncul 5 tahun sekali..Org UMNO tempat teman x kisah siapa Calon,asalkan org tempatan dan ada sikap peduli terhadap mereka..Depa pernah sumbang kewangan pd Jentera PR secara senyap dan depa juga lobi calon yg lawan BN pd pengundi saluran 1...Tp PAS x pandai nk tackle diorang dan mengambil sikap muncul 5 tahun sekali..teman x kenal pon siapa ketua Pemuda PAS kawasan sbb dia x pernah melawat kami..Kami hanya kenangkan TGNA,TGHA dan pimpinan PAS pusat,klu x dah lama teman pulau puak PAS Kawasan teman..
Org2 mcm neh yg menyebabkan PAS x mendapat perhatian ditempat teman..
Dh ramai yg melihat Keadilan lbh boleh diharapkan menggantikan BN dikawasan teman..
Jika ini berterusan,PAS akan berkubur dikawaan teman..

sunsnake@budakbalun said...

w.salam..
payoh jugak tuh!

keluhum said...

Tu yg buat teman sedih dan x gembira selama ne Yob..
Pd teman nk perjuangkan Islam wajib ada keikhlasan dan membawa politik Islam yg Rasulullah ajarkan..
Bkn xde kisah2 politik dlm sirah dan Al-Quran..
Kisah Nabi Sulaiman utus surat kpd kerajaan Saba',adalah salah 1 contoh tindakan politik berteraskan ketakwaan kpd Allah..
Ustaz2 yg terlibat dgn politik kt tempat teman neh mcm dh mengurung Islam tuh didalam masjid..
Sbb tuh perangai kt luar mcm x selayak dgn status ustaz yg dipikul..
Sangkanya Islam tuh hanya pd perkara ibadah jer kot..
PRU yg lps,calon Keadilan kalah 16 undi jer kt peti undi kg teman..
Teman dgr PAS nk amik giliran jd Calon utk PRU kali neh..
Dh mcm gilir2 pungut durian tiap kali mism gugur plk dh..
Kita pilih calon berdasarkan kopitensi pd PRU yg lps..klu dari segi calon dan reputasi,Pas dibelakang Keadilan kt tmpt teman..Jd lbh elok muafakat atas nama PR..akur akan kelemahan dan bantu rakan Pakatan kamu..
Kan elok jika ada sifat berlapang dada..tp teman tgk sifat tuh x ada pd dema..
Entah le Yob..
Tp teman x pernah berpaling dari apa yg teman junjung selama neh..