Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 7, 2010

PAS kini ada Dewan bukan Islam!! Allahuakbar!


Dewan Himpunan ganti Kelab Penyokong PAS

ALOR SETAR, 6 Mei: Status Kelab Penyokong PAS akan dinaikkan taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak lama lagi, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa. Menurutnya, tindakan menaikkan taraf kelab kepada dewan itu adalah ekoran sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

"Selain daripada itu ia juga adalah bagi menembusi sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Kelab ini juga telah diiktiraf sebagai entiti sayap seiring dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang sedia ada.

"Dengan pengiktirafan ini, maka ruang bagi bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti PAS atau sebagai aktivis adalah terbuka luas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Sehingga ini, katanya keahlian kelab itu telah mencapai jumlah 20,000 orang.
“Daripada jumlah ini, 70 peratus adalah masyarakat keturunan India manakala 20 peratus lagi adalah masyarakat Cina dan 10 peratus adalah mewakili kaum-kaum lain," katanya.

Mujahid berkata, PAS mengiktiraf peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh masyarakat bukan Islam terutamanya dalam kempen pilihan raya yang telah diadakan sebelum ini.

"Ketika ini mereka adalah ahli dewan dan bukannya ahli PAS,” ujarnya.
Namun begitu, jelasnya keahlian mereka tetap mendapat pengiktirafan perlembagaan parti.

Sehubungan itu, tambahnya pada masa depan perkara itu akan dibincangkan sama ada perlu atau tidak untuk mereka menjadi ahli parti.

"Bagi peringkat awal ini, maka PAS Pusat akan melantik pimpinan dan ahli jawatankuasa DHPP sebelum ia diserahkan kepada ahli sendiri untuk membuat pemilihan kepimpinan mereka. Ia juga akan dipantau dari segi perjalanan, aktiviti dan program sebelum DHPP ini mampu bergerak sendiri," ujarnya lagi.

2 comments:

AzamDin said...

alhamdulillah besar hati aku dapat tahu bende ni...

Anonymous said...

Komen saya..........budak balun ni betul2 jiwa pembangkang!
Menjiwai pembankang...........

Pembangkang mesti ada ciri2nya,prinsip,perjuangan dan yg terpenting dispilinnya.

Tabek saya utk Ketua Pemuda Pas Cawangan!
Mesti ada target utk ke Bahagian........bykkan membaca!
Sejarah perjuangan PAS dan sejarah perjuangan UMNO khasnya dan BN umumnya kena mahir.

Kalau boleh buat team utk CD kan perjuangan PAS,perlembagaannya,kejayaannya dan apa2 propaganda (?) bg
pihak umum menyayangi PAS dan bagi ahli PAS pulak utk menguatkan martabat dan faham.
Boleh target utk komersil dan bagi pd setiap cawangan utk tabung PAS.

Org yg FAHAM akan bekerja lebih kuat berbeza dgn org yg kerja kuat tapi tak faham.

(?) sesuai ke propaganda....brainwash kot lebih sesuai.
Nak pakai dakwah...mungkin sensitif sikit......