Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 19, 2010

Lagi Bukti Wanita UMNO Sesat!







Usaha wanita Umno Johor – usaha yang diasaskan kepada kebodohan!

Inilah kekeliruan dan kebodohan Wanita Umno Johor yang merasakan seolah-olah usaha mereka untuk membantu golongan wanita terlanjur ini dapat menyelesaikan masalah pembuangan bayi yang berlaku.
Mereka merasakan usaha mereka itu adalah sesuatu yang tepat, betul dan baik,
namun hakikatnya, sedar mahupun tidak, ia merupakan tindakan yang akan melangsungkan dan memperpanjangkan lagi tempoh hayat sistem kufur Kapitalisme yang sudah lama berakar umbi di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.
Dalam erti kata lain, tindakan dan langkah di atas adalah tindakan bunuh diri sebenarnya.
Sedar ataupun tidak ia merupakan sumbangan yang akan memberikan peluang dan ruang kepada para pelaku maksiat untuk terus berani dan tanpa rasa berdosa terus melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ini adalah kerana bagi para pelaku maksiat ini sudah ada ‘talian hayat’ yang boleh membantu
mereka untuk menutup dosa dan kemaksiatan yang mereka lakukan.

Wahai para pendokong UMNO! Sedarlah bahawa sesuatu tindakan yang ingin kita lakukan itu mestilah bersandarkan kepada hukum syarak bukannya menggunakan hawa nafsu semata-mata.
Ketahuilah bahawa tindakan yang cuba dilakukan oleh Wanita UMNO Johor itu hanyalah untuk mengubati simptom dan bukannya menyelesaikan punca masalah.
Apa yang mereka lakukan ini selama-lamanya tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak mustahil Johor khususnya dan Malaysia amnya nanti akan dipenuhi dengan anak-anak luar nikah!
Bukankah ini suatu usaha bunuh diri namanya?
Bukankah ini suatu tindakan bodoh namanya?
Apa yang seharusnya dilakukan oleh Wanita UMNO Johor khususnya dan pemerintah yang berkuasa amnya adalah kembali kepada Islam dan menerapkan hukum Allah secara syumul dalam menangani permasalahan sosial yang sudah begitu teruk hari ini.
Islam pasti akan dapat menyelesaikan masalah ini dan menebarkan rahmat ke seluruh alam.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ Al Anbiyaa' (21) : 107].

Wahai umat Islam! Apakah kamu tidak pernah mendengar firman Allah SWT ini?

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu,
maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaahaa (20) : 124].

Wahai Wanita UMNO Johor!
Janganlah terus membelenggu diri kamu dalam kebodohan dan terus menerus melakukan tindakan bodoh mengenepikan solusi Islam yang siap tersedia.
Jangan kamu terus hinakan diri kamu dengan melupakan solusi syarak dan menjadikan hawa nafsu sebagai penyelesaian.

copy by sunsnake from Tranungkite Online

Wanita Umno Johor Sedia Hulur Bantuan Kepada Wanita Terlanjur

JOHOR BARU: Wanita Umno Johor memandang serius insiden pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang sudah terlanjur, kata ketuanya Senator Sharifah Azizah Syed Zain. Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur itu supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi, sebaliknya menghubungi Wanita Umno Johor bagi bantuan. "Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita Umno Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi," katanya kepada Bernama hari ini. Katanya, Wanita Umno Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak di dalam kegiatan pembuangan bayi.

Sharifah berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar di sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan dua hari lepas. Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam membayangkan kemungkinan untuk menwujudkan rangkaian kerjasama pelbagai pihak untuk menangani masalah tersebut. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan bagi mengelak pembuangan bayi. Sharifah Azizah berkata, "Skuad Sayang" Umno Johor bekerjasama dengan JKM negeri itu di dalam usahanya untuk mengesan golongan wanita yang berpendapatan rendah untuk dihulurkan bantuan. "Kita telah pun memulakan usaha tersebut dengan bantuan JKM dan setakat ini respons adalah amat menggalakkan. Tujuan program itu adalah untuk meluaskan rangkaian bantuan terhadap golongan wanita yang memerlukannya," katanya. Menurut beliau, di bawah program "Jalinan Rakyat" Wanita Umno Johor pula, mereka akan turun padang dan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di negeri ini. - BERNAMA

Sumber : mStar Online, 15/02/2010

5 comments:

Anonymous said...

SERBA SALAH!... itulah perkataan yang paling sesuai untuk dipadankan dengan orang yang taunya nak menghentam kerajaan je. Beri cadangan xnak. Terima cadangan pun xnak. Yang NAKnya MENGUTUK!Buat baik pun salah, buat salah apatah lagi.. Tapi mengkafirkan orang, mengata orang sesat dsb tak salah ke? TAK DOSA? Ingat tak... kejadian buang anak tu dimana berlaku? Bukanke di Kelantan yang kononnya serambi Mekah? Ada ke Kelantan ambik cakna? Taunya nak letakkan orang ni kat neraka n orang ni konon ke syurga! Paham2lah kalau nak ke syurga tu... bab sembayang bang xsah kira, kira pangkah parti PAS je cukuplah... hahaha..MUNAFIK!!!

budakbalun said...

Salam..
Semoga hidayah Allah SWT pada Tuan@Puan@Cik@Mr@Mrs....
Munafik? Nauzubillah..

err..siapa tadi ni?
Boleh letak nama dulu..
apa-apa pun buleh..

keluhum said...

Salam..En.Seba Salah,X ada 1 negeri yg suci pun dari gejala buang anak..knapa nk kaitkan Kelantan sebuah je..Kelantan hanya mampu laksanakan Enakmen syariahnya setakat yg dibenarkan oleh kerajaan pusat jer..Kan k'jaan persekutuan halang Kelantan melaksanakan undang2 Hudud..Kamu ne lahir tahun bila baii? Nak tembak pun servay dulu,jgn men terjah jer..org2 yg follow sejarah Perlembagaan Malaysia ne sume tgh gelakkan kau baii..Aku nk tanya la En.Serba Salah ne..Kenapa org buang bayi?Krn ibu kpd bayi tu mengandung tanpa nikah..Kenapa mengandung?krn berzina..Kenapa berzina?Kerana pergaulan bebas..Kan Islam dah bagi panduan pada 14 kurun yg dahulu macamana nak mengawal tingkah laku manusia..kn dlm Islam ada hukum sebat untuk penzina..Kenapa hukumannya seperti itu?Utk mendatangkan gerun pada org2 yg ada maksud(niat) di dalam hatinya utk berzina..Bila hukuman itu mendatangkan gerun,manusia akan meninggalkan perbuatan zina dan mereka akan menjaga pergaulan mereka pada batas2 yg dibenarkan oleh Islam..Bila manusia menjaga pergaulannya,x berlakulah gejala zina..Bila tiada belakunya zina,x berlakulah kes2 mengandung luar nikah,x berlakulah kes pembuangan bayi..Kan Islam dh tunjuk cara utk memelihara masyarakat..Tp undang2 Persekutuan membatalkan hukuman2 ini sebaliknya mengguna pakai undang2 Lord Reid..Jd Enakmen2 Syariah di negeri2 di Malaysia ne tidak boleh melepasi had2 yg dibenarkan oleh Undang2 Suruhanjaya Reid..Ni la Syarat2 yg British kemukakan sewaktu Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan..
Ko paham ke tidak baii?Undang2 inilah yg masih dipertahankan oleh puak2 yg kau sokong tu..Klu k'jaan Malaysia meminda perlembagaan ini dan menggunapakai undang2 Islam sepenuhnya di seluruh negara,PAS akan bubarkan Partinya dan menyertai UMNO krn UMNO telah melaksanakan Islam secara menyeluruh di Malaysia ne..Selagi UMNO masih dgn Undang2 suruhaijaya Reidnya,ko jgn harap la PAS nk bersatu dgn UMNO..ADA pahammm??????Xde maknanya perpaduan klu yg bepadu dan bersatu itu bertolong-tolongan atas perkara2 yang mungkar...

budakbalun said...

Puak2 UMNO ni kalau yang dah berkarat.. azab depan mata pun dia kat ilusi!

Anonymous said...

Salam, bagi mat serba salah tu, dia ni ada iman ke, kalau tak cukup iman pegi le belajor agama,bawa ke masjid atau surau,perbanyakkan menghadiri kemajlis tazkirah bukannya majlis tari menari.Orang kafir dah mula sokong kalangan orang memperjuang islam tapi melayu belum lagi nak sokong Islam. Ingat saudara serba salah, bangsa melayu bukan tiket kita mengaku Islam,kita ni ramai bangsa Melayu tapi tak ramai orang Islam,bab buang anak ni dah menjadi trend masa ni,coz negara kita ni banyak org kunjung pusat hiburan dari masjid,mana tak, buka sampai jam 3-5 pagi,kat europe pusat hiburannya tutup jam 11 malam dan paling lewat jam 12, itupun malam minggu. Negara kita yang dikatakan negara Islam ni, lain pula yek!!!So kalau bagi menteri perempuan kita ni dan lebai dari melaka kata dengan menyediakan penempatan bagi golongan yg terlanjur ni ditempatkan di pusat yg disediakan maka boleh menyelesaikan masalah buang bayi maka syabas saya ucapkan,tak sia-sialah selepas menteri perempuan kita ni keluar tv dan beri kenyataan dan jaminan tapi pada keesokkanya tv siarkan satu kes buang bayi keesokkannya,syabas saya ucapkan!!Baliklah kepada Al quran dan Sunnah,itulah jalan penyelesaiannya,wahai ulama -ulama yg dibayar oleh kerajaan untuk bekerja,carilah jalan dan turunlah kebawah,dan saudara serba salah kalau nak cari guru agama carilah guru yang benar-benar bersandar pada Al Quran dan Sunnah..Kalau tak faham juga perbanyakkan membaca atau bertanya pada guru yang berilmu.....