Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 12, 2010

Ini la tahap kepala Otak Wanita UMNO


Hmmm..
Kalau yang bercakap tu bohsia tepi jalan...
Teman leh terima..
Kalau yang cakap tu Minah Rempit Bangsar..
Teman leh la pejam mata..

Tapi kalau yang bercakap tu Ketua Wanita UMNO!
Menteri yang jaga wanita!

Menang bodoh piang laa!!
"Banyak bayi dibuang bukti masyarakat hadapi tekanan?"
Takkan tak nampak lagi??
Moral Melayu Islam dah runtuh seruntuh-runtuhnya!
Penzinaan dah jadi biasa dikalangan perempuan melayu!
Kalau dah sampai lelaki Cina dan India malahan Bangla sekalipun mudah sangat kalau nak 'merasa' anu perempuan melayu!
Apatah lagi kalau lelaki melayu ndak 'benda' tu!!
Mudah sangat!!

Nilai Islam dalam diri Melayu Malaysia la ni dah boleh dikatakan nak smapai tahap 0!
Macam mana leh jadi macam tu?
Abiss!! Menteri@ Ketua Wanita UMNO pun tak paham2!!

Kembali kepada Islam! Bukan tekanan dalam masyarakat la mamak oiii!
Anak-anak tu lahir atas kelemahan iman..
Kelemahan Iman berpunca daripada kelemahan pengetahuan dan akidah Islam..
Basicnya.. kena kuatkan Islam..
Bukan kaunseling sahaja...

aduhhhh!!
sunsnake 12022010

Buang bayi tindakan kejam

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Betul-betul kejam. Kalau tak nak, bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Saya bangun pagi tadi, terus baca tentang kes ini, ia betul-betul kejam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.

Shahrizat berkata, kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

“Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini.

“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai,” katanya.

artikel penuh

4 comments:

Prof. Era Pasca said...

cayalah dengan ini entri.. izin aku sebar

budakbalun said...

sila2...

Briged Akhdor LR2 said...

inilah hasil pemerintahan umno sebenarnya.tekanan sekeliling pun berpunca dr saper..jika org2 itu mngaku beeriman pasti dia akan ingat bahawa kembalikan hukum allah adalah penyelesaian terbaik..tp mereka2 ini selalu mnntang..bahkan mmperlekehkan contoh kartika ..jika berlaku pada kluarga mereka br tau peritnyer penderitaan ..kejahilan menguasai umat islam skg .bagaimana nafsu blh dikawal jika hati dan jiwa slalu dijauhkan dr al quran pemerintah pula melebih lebihkan unsur hiburan dan menyediakan seluas luasnya ruang utk org islam mmbuat maksiat..lihat saje di kL TAKKAN MNTERI2 NIE TAK NMPAK KOT betapa hancur nye keadaan persekitaran yg dicemari premis2 syaitan..dan lihatlah pemimpin2 umno skg yg mnjadi menteri mnnjukkan cntoh yg tak baik pd rakyat..dan jika krajaan serius dr sekolah pun blh dipertingkatkan pembeljran agama islm ini..ini plkn yg dibuat tak mndatgkan hasil .aperpun perlulah kembalikan pendidikan islam pada masyarakat..dah tingkatkan pencegahan perkara mungkar ..jgn smpai malaysia nie mndapat bala seperti acheh dsbnya..

budakbalun said...

akhi chip..
Sedangkan Bukit Bintang pun kerajaan Malaysia yang mengaku Islam tak berani 'usik'..
Kena ingat.. Lagi hancur moral rakyat lagi mudah UMNO nak peralat!