Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 12, 2010

Kapal Selam takleh nyelam??






Rakyat Malaysia, Dulu dan kini kena kelentong dek UMNO!

Apa perasaan kita kalau bila kita amanahkan seseorang untuk beli kereta guna duit kita..
tapi bila dia serah kereta tu kat kita.. Kereta tu tak boleh dipandu?
Tayar dah tak mampu berpusing!
Gear tak boleh masuk?
Bumbung tiris?
Lantai bocor?

Yang uruskan pembelian tu pulak bukan calang-calang orang..
Ada degree mekanikal..
Ada pengalaman jual-beli kereta..
Siap ada broker pulak tuh!!

Memang sial la kena maki dengan kita!!
Duit dah bagi..
Pengalaman dan kelayakan dah dahsyat!
Siap dapat komisen bagak tak ingat!
last-last kereta cabuk dan bangsat yang dibelinya?

inilah nasib kita realiti Malaysia hari ini..
Ada jet, enjin kena curi..
ada jet, takleh terbang sebab rosak dek kerana landasan rosak! (kes kroni dapat tender buat landasan)
Ada kapal Selam tak boleh menyelam!!
Kalau dah lama beli dan guna logik akal lah jugakk..
Ini lom bawa gi mana-mana lagi??

Macam mana kalau Malaysia diserang time ni?
Di Udara jet TUDM takleh pakai!
Di Laut Kapal Selam TLDM takleh menyelam!
Di darat ntah laaa... apa lagi penyelewengan yang rakyat tak tahu??

Kesian rakyat Malaysia..
Kena tipu dek UMNO-BN tak sudah-sudah!
Sampai bila makcik-pakcik melayu Felda nak sedar..
Sampai bila la ahli-ahli PEKIDA nak sedar..
Sampai bila la cikgu-cikgu melayu nak sedar..
Sampai bila la staff gomen melayu nak sedar..
Sampai mampus kot tak sedar-sedar!
sunsnake 12022010

MASALAH TEKNIKAL PUNCA KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM - melayau

Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata, berikutan kerosakan itu, kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 September tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan,” katanya.

0 comments: