Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, February 20, 2010

Awas PAS, UMNO guna Islam sebagai perangkap la ni!

Sebatan: PAS diminta waspada tidak diperangkap Umno

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Ekoran pelaksanaan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam awal bulan ini, ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berharap partinya tidak terperangkap dengan isu ini yang sedang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata, Umno yang sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat kini menggunakan isu ini untuk menunjukkan mereka komited dengan Islam.

“Malaysia ditanggapi umum, khususnya media Barat sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius. Saya melihat ada semacam perhitungan politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini.

“Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran dan tindakan mereka (Umno-BN) ini,” kata beliau dalam tulisannya.

Negara ada undang-undang dan mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah, kata beliau.

Oleh itu jelas beliau, PAS berpendirian segala bentuk undang-undang Syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira kedudukan dan jantina serta tidak berlaku pendakwaan dan pensabitan secara berpilih.

Pelaksanaan hukuman sebatan ke atas mereka berhubung kesalahan persetubuhan haram mencetuskan pelbagai dengan ada yang menyokong dan membantah.

Ada pertubuhan bukan kerajaan menyifatkannya sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tindakan tidak perikemanusiaan manakala Dewan Muslimat pula berpendapat hukuman sebatan itu wajar dimaklumkan kepada umum sebelum dilaksanakan.

Dzulkefly, bekas pengarah unit dasar PAS menambah, sebelum seorang pesalah itu dijatuhi hukuman menurut undang-undang Islam, ia harus melalui proses pengadilan yang benar-benar adil dan telus bagi mengelakkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman.

“Orang yang dibicarakan itu mesti mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya. Biar cukup bukti dan lunas-lunas prosedur yang betul baru boleh kenakan hukuman.

“Ini diam-diam, tiba-tiba jatuhkan hukuman dan buat pengisytiharaan,” katanya.

Dzulkefly juga memberitahu PAS bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam dan undang-undang seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa, yang semakin berleluasa.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan Syariah, dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus,” katanya.

Oleh itu katanya tidak timbul PAS nak menandingi Umno secara “Islamisasi” hal-hal ranting sementara perkara besar dan pokok termasuk hal akidah dan pemerintahan serta kebebasan institusi-institusi kritikal negara terus tempang dan pincang.

Beliau turut menegaskan, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam perlu didahului oleh suasana sosiopolitik yang baik dan adil, di mana keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat seluruhnya.

Dalam konteks negara ini kata Dzulkefly, kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara dan rakyat tidak terlalu terdedah dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran yang semacam dilindungi.

“Semua agama, kaum dan budaya bencikan perkara yang merosakkan dan memudarat anak bangsa mereka.

“Sebelum datangnya sesuatu hukuman itu, kerajaan harus menitik beratkan semua aspek dalam kehidupan rakyat,” kata beliau lagi.

0 comments: