Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 5, 2010

Penipu dan Kena Tipu!

Kelab bekas penipu-penipu rakyat!

Kerajaan BN penuh dengan....

1. MENTERI-MENTERI YANG JADI PENIPU

2. MENTERI-MENTERI YANG KENA TIPU

3. MENTERI-MENTERI YANG BODOH SOMBONG

4. MENTERI-MENTERI YANG PANDAI ANGGUK

5. MENTERI-MENTERI YANG PANDAI MENGAMPU




Menteri yang menipu dan menteri yang kena tipu sebenarnya sama taraf (pengkhianat), sepatutnya sama-sama kena hukum, Sama-sama kena masuk mahkamah, sama-sama kena dakwa. .

Yang menipu,.. cerdik. Yang kena tipu,... bodoh. Kalau dua-duanya cerdik penipuan tak akan berlaku !

Dalam kes menipu ni, ia saling memerlukan. Sama juga dengan Rasuah. Mesti ada pemberi rasuah dan penerima rasuah. Maka kedua-dua harus dihukum.

Dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang. Sepatutnya menteri yang dah kena tipu, sah lah menteri itu bodoh!.

Kenapa Kabinet Malaysia masih memerlukan menteri yang bodoh ?

Dr.Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan dituduh menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet sekarang adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

Kalau dakwaan ini benar, kerajaan Najib patut malu, kerana hasil dari penipuan itu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara dan rakyat amatlah besar. Kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mestilah bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Adalah tidak bermarwah jika tak mahu meletak jawatan !

Tun Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku mesti juga bertanggung jawab. Saya cadangkan Tun patut berhenti. Tun patut keluar ! Keluar dari UMNO walaupun untuk kali kedua !... Kemudian bertaubat ! diatas semua kekejaman, kezaliman dan kerakusan yang telah Tun buat selama dalam UMNO.

Penulis : rahimothman 8/2010

3 comments:

joecharlie said...

Isnin, Ogos 02, 2010
Kenyataan Mustafa Ali di program Hardtalk BBC, 30 Sept 2003 : Negara Islam bukan objektif PAS! INi bukan penipu tapi pembohong dan penakut serta penjilat kahak HIJAU BBC.

sunsnake@budakbalun said...

Bro Joe pencacai pengangkat najis UMNO..

sila tonton dan fahami betul2 apa yang Mustafa Ali ucapkan SEPENUHNYA!
jangan dengar separuh2..
atau lebih bangang.. dengar sikit je terus bagi komen bangang kat sini!!!

keluhum said...

Dh bangang dh pun mamat ne bro..Dia sebok suruh org lain buat Islam,tp gomen yg dia sokong tu smpai skrg x buat apa2..nasib baik bab judi tu bkn Islam pun tentang..Klu x,dh jln Judi bola dulu tuh..Buta perut punya orang...