Yang mati tu.. matilah.. nak buat macam mana..
Kita yang hidup ni.. nak tak nak terfikir jugak macam mana leh jadi macam tu?
Dah banyak dah dengor kes bunuh diri..
hatta Mendiang Teoh Beng Hock pun misteri jugak kematiannya..
Tapi kes Ketua UMNO dan Ketua Wanita UMNO ni lain skit..
ada macam ala-ala Laila Majnun pulak cara mati tu..
macam "You jump.. I jump pulak"...
hmmm... Minta-minta Polis siasat kes ni dengan telus..
jangan jadi macam kes Altantuya pulak!
Bukan siasat motif tapi siasat pembunuh sahaja!
Dah tahu pembunuh.. bagi hukuman mati...
sudaaahhhh!!
Kenapa mamat 2 ekor tu bunuh Altantuya? Lantak pi lah depa!!!
aduyaiiii!!
sunsnake 06082010
Kematian bekas ADUN, motif hampir dikenalpasti | |
|
Polis hampir kenal pasti motif kematian misteri bekas ADUN Permatang, Datuk Aziz Mohd Noor dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, kelmarin, lapor Berita Harian Online.
Ketua Polis Selangor,, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan polis terhadap kes kematian itu kini sudah 90 peratus siap. Beliau juga mengulangi bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kes kematian Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Semalam, Khalid berkata, siasatan polis hanya menjurus untuk mencari motif tembakan terhadap kedua-dua mangsa.
Katanya, polis juga sedang merakam percakapan beberapa saksi antaranya orang pertama tiba di tempat kejadian dan orang yang melihat kenderaan mangsa terbabas di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekatShah Alam.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment