Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 22, 2010

Bukti Malaysia akan bankrap 2019


Tu laa.. kan Menteri UMNO dah cakap..
Malaysia akan bankrap lagi 9 tahun..
Korang rakyat tak nak dengar!!

La ni Zahid Hamidi dah bagi bukti ni haa..
Tak caye lagi?? Subhanallah!! Jangan jadi bebal sangat duhai rakyat Malaysia!!

Percayalah....

p/s: dah 12 kali pilihanraya umum di Malaysia ni.. harap jangan kena patuk lagi dengan ular yang sama untuk kali ke-13!
sunsnake 22062010

Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion

Jun 22, 10 7:52pm

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun. “Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis. Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013. -malaysiakini

0 comments: