Teman setuju benor dengan kenyataan Muhyiddin nih!
Memang kena jadikan iktibar kekecohan yang berlaku dalam beberapa pemilihan PKR kali ni!
UMNO yang umurnya dah 50 tahun lebih pun lagi hebat bergaduh daripada PKR yang baru berapa belas tahun!!!
ehhh?? yang mana satu nak dijadikan contoh ni??
Yang kat bawah ni ke??
wakakakaka!! Sialnye UMNO!
ekor penuh tahi la Muhyiddin nih!!
atau yang ni nak dijadikan iktibar?
sunsnake 28092010
Kekecohan pemilihan PKR perlu dijadikan iktibar
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Episod kekecohan dalam pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menilai masa depan negara di tangan parti itu jika di peringkat pentadbiran lagi ia sudah bergelumang dengan pelbagai masalah.
Menyifatkan ia satu masalah dalaman, Muhyiddin berkata perkara tersebut mungkin disebabkan oleh kegagalan PKR memahami prinsip demokrasi sebenar.
"Mungkin kita boleh jadikan iktibar, sepatutnya ia parti yang demokratik, mengamalkan ketelusan, parti yang nak memperjuangkan kepentingan rakyat tapi kita lihat dalam peringkat awal sahaja bila ada proses pemilihan berlaku... Kecoh, satu macam punya kecoh.
"Saya fikir itu masalah mereka tetapi yang penting penilaian harus mengambil iktibar tentang apa yang berlaku, bagaimana mereka (hendak memerintah) kalau di peringkat ini, dalam soal mentadbirkan parti telah menghadapi masalah kekecohan," katanya.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment