Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 27, 2010

PRK Dun Galas - Ujian buat banyak pihak?

Ini William Gallas, tiada kena mengena dengan Dun Galas, Kelantan!


Alfatihah buat ADUN Galas yang sekian lama sakit..
Dan moga segala perjuangannya didalam PAS diterima oleh Allah SWT...

Selepas ni mungkin akan ada PRK buat kesekian kalinya selepas PRU12 pada 2008 dahulu.


1. Tuan Guru Nik Aziz
- Pelbagai isu yang melanda bukan sahaja Kerajaan Islam Kelantan malahan batang tubuh Tok Guru sendiri seperti isu Menantu dan blogger Kickdefella benar-benar menguji ketabahan beliau.
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?

2. Tengku Razaleigh (Ku Li)
- Galas ini adalah salah sebuah DUN didalam Parlimen beliau dan akhir-akhir ini beliau jelas telah berseteru dengan Presiden UMNO Najib Tun Razak. Kesanggupan beliau menjadi calon dalam pertandingan Presiden UMNO suatu ketika dahulu menentang Najib dan pendapatnya yang memihak kepada Kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak malahan sanggup menjadi ketua kaukus di Parlimen Malaysia dalam isu yang sama! Mungkinkah Ku Li akan membantu calon BN didalam PRK kali ini atau hanya mengambil sikap berdiam diri?
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?

3. Najib Tun Razak
- terlalu ramai pemimpin UMNO yang telah di'kubur'kan di Kelantan ini dan didalam suasana sekarang, sesiapa jua yang tercalon sebagai calon BN pastinya akan berhadapan dengan situasi 'menang jadi Abu, kalah jadi Arang'! Lihatlah Dr Awang Adek yang mendabik dada bakal Menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya UMNO memenangi majoriti Dun di PRU12!!
Akhirnya kini terpaksa mencacai di negeri sendiri! Sehinggakan sanggup berkompromi dengan syarikat judi didalam isu 'judi bola' baru-baru ini.
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?

4. Muhyiddin Yaasin
- Kekalahan BN di PRK Manek Urai tempoh hari masih diyakini terlalu pedih untuk ditanggung oleh beliau, didalam PRK tersebut jelas beliau telah berhempas-pulas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki namun tetap gagal hinggakan tergamak membuat janji 'jambatan' kepada pengundi-pengudi Manek Urai! Akhirnya calon BN kalah ditangan Abe Uji yang hanya berlatar belakangkan peraih ikan.
Bagaimanakah agaknya pengundi Dun Galas menilainya?

Sekadar coretan teman di tengah-tengah hujan nih!
sunsnake 27092010

0 comments: