Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 27, 2010

Maha Benarlah kata-kata Reezal Merican Itu!!!


Tanpa menafikan apa jua yang berkaitan dengan judi adalah haram..
Teman sokong Reezal Merican dengan sekeping gambo diatas sebagai bukti sokongan teman!

Sama-sama kita tunggu penjelasan Najib berkenaan hasil cukai daripada Genting Highland!!!
yeehhhaaa!!

sunsnake 27092010

Pengakuan dedahkan pembohongan Guan Eng - Reezal Merican

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu telah mendedahkan pembohongan yang dibuatnya sebelum ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengakuan berkenaan bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu sebelum ini yang menafikan sama sekali wang judi digunakan untuk tujuan berkenaan.

''Sebelum ini Guan Eng menyifatkan kita sebagai munafik kerana membuat tuduhan tidak benar dan nampaknya beliau yang sebenarnya mempunyai sifat sedemikian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Guan Eng dalam laman sosial Twitter semalam bahawa pihaknya menggunakan dana sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Guan Eng bagaimanapun berkata, wang itu hanya digunakan untuk membantu penduduk miskin tegar bukan Islam.

Berita Penuh

0 comments: