Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 27, 2010

PKR - Awas-awas.. Hati-hati.. Jaga-jaga


Teman tak berniat nak masuk campur hal ehwal dalaman PKR..
Sebagaimana Najib begitu menjaga dirinya agar tidak mencampuri hal ehwal dalaman MCA dan MIC..

Cumanya teman nak pesan..
Dalam keributan suasana dalaman PKR yang semacam semakin tidak terkawal ni..
Dalam suasana rakyat semakin jelas memerhatikan secara mikro setiap inci tingkahlaku kita didalam Pakatan Rakyat ini..
Dalam keadaan rakyat semakin tidak ada pilihan lain selain memilih PR dan menghumban BN ke laut..

Jangan disebabkan hal-hal sebegini..
PR akan disamakan dengan BN..

Mengapa susah sangat PKR nak jadikan PAS sebagai contoh?

PAS pernah dilanda gelombang fitnah 'kerajaan perpaduan' sebelum muktamar pemilihan..
Alhamdulillah... atas kekuatan fikrah ahli-ahlinya..
Gelombang itu berjaya diatasi malahan PAS menjadi lebih padu selepas muktamar pemilihan itu!
Atas dasar kesatuan Islam.. PAs menjadi lebih matang sebermula ahli-ahli di peringkat cawangan hinggalah ke tahap Mursyidul Am!

Apakah rahsianya??

Satu je.. 'Jangan Gila Kuasa!"

Jangan dibawak perangai UMNO kamu semua ke dalam PKR!!!
sunsnake 27092010

Eli Wong bantah kekalahannya di PJU

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini. Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos.

Sedangkan, katanya, ia melepasi tarikh akhir kelayakan - Jun - dan mendakwa pemindahan keahlian Lee itutidak mematuhi peraturan.

Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala Lee mendapat 222 undi.

Kamarul: Ahli PKR tolak saya sebagai MP

Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan. Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Ahli pulau mesyuarat agung PKR Parit Sulong

Mesyuarat agung Cabang PKR Parit Sulong, Johor pagi ini tergendala apabila sekumpulan ahli bertindak memulaukannya. Mereka bertindak demikian antaranya kerana meragui tindakan mengadakan mesyuarat itu di rumah salah seorang calon yang bertanding untuk jawatan ketua cabang tersebut. Penyandang jawatan tersebut, Hasmi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan perkara tersebut. Katanya, kira-kira 20 orang perwakilan membantah mesyuarat itu diadakan di kediaman timbalan pengerusi tetap cabang itu, Alias Samsir yang turut bertanding jawatan ketua cabang. Difahamkan, mereka yang memulaukan mesyuarat itu adalah penyokong Hasmi.

2 comments:

Anak Sungai Derhaka said...

Ayat hang yang ni.. best..

"Sebagaimana Najib begitu menjaga dirinya agar tidak mencampuri hal ehwal dalaman MCA dan MIC.."

sunsnake@budakbalun said...

hehehehe..

Mestilah syeikh..

Perdana Menteriku!!

wakakaka!1Malaya!