Harakahdaily |
KLANG, 27 Sept: "Minta maaf makanan licin. Saya sendiri tidak sempat merasanya sedikit pun," kata Dr Halimah Ali, Exco kerajaan negeri Selangor mengulas kedatangan yang terlalu ramai ke majlis hari raya anjuran beliau semalam. "Sambutan teramat luar biasa. Sesak, di dalam, di luar dewan dan di jalan raya. Memang makanan habis langsung. Saya tak rasa langsung. Tapi semua happy," kata Dr Halimah kepada Harakahdaily bagi mengulas majlis yang mendapat sambutan luar biasa semalam. Dr Halimah, Adun Selat Klang menganjurkan majlis Aidil Fitri di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai dekat sini semalam. Orang ramai mulai memenuhi dewan itu sejak jam 1.30 tengahari walaupun majlis sebenarnya bermula jam 2.00 petang. 1000 sampul duit raya yang disediakan untuk kanak-kanak yang datang habis, kata Dr Halimah lagi. Turut memeriahkan majlis adalah maskot Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Alif dan Anis di samping persembahan nasyid Urdu oleh qari Bangladesh yang berduet dengan Ustaz Mahfuz al Hafiz. |
Monday, September 27, 2010
Lagi Majlis Raya PAS Tidak Dapat Sambutan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment