Kesian Rakyat Terengganu dan betapa sengalnya Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu mempunyai Setiausaha yang 'buta' bolasepak!
teman quote balik kata-katanya:
“Bagi pasukan yang berkualiti, mereka tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam sebarang keadaan padang,”
sebab pasukan itu berkualitilah mereka mahukan padang yang baik bagi menjamin tidak berlaku kecederaan ke atas pemain disebabkan keburukan padang!
Ingat lagi betapa hinanya padang Stadium Bukit Jalil ditegur oleh Sir Alex Ferguson yang sangat-sangat tidak berpuas hati dengan keadaan padang ketika itu?
Dia sangat-sangat bimbang pemain-pemainnya akan cedera kerana masalah padang bukan permainan.
Kepada SU PBSNT, adakah pemain-pemain Manchester United ketika itu tidak berkualiti? atau mungkin pemain-pemain Terengganu jauh berkualiti berbanding pemain-pemain Manchester United!!
Inilah akibatnya apabila cuba menegakkan benang yang basah! Negeri kaya dengan hasil petroleum tapi ada stadium pun runtuh! setidak-tidaknya ada la 2-3 biji lagi stadium yang baik dan bertaraf kebangsaan.. pun jadi lah kalaupun tidak bertaraf dunia.. malangnya itupun takde!
hebat..hebat.. Negeri Petroluem nih!
sunsnake 09032010
Kesal Sathianathan kritik padang Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 Mac — Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kesal jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengkritik keadaan padang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh mengakui keadaan padang di stadium berkenaan tidak memuaskan, tetapi ia adalah satu-satunya padang yang masih sesuai digunakan untuk pertandingan Liga Super.
“Apa guna beliau mengkritik, sedangkan beliau tahu Terengganu tidak ada padang lain selain padang itu,” katanya kepada Bernama.
Stadium Sultan Mizan masih tidak boleh digunakan setelah bumbungnya runtuh pertengahan tahun lalu.
Sathianathan hari ini dilaporkan berkata padang di Stadium Sultan Ismail perlu diperbaiki bagi menjamin standard Liga Super selain membolehkan pemain beraksi dengan baik.
Abdullah berkata pasukan lain juga menghadapi masalah yang sama apabila bermain di Terengganu.
“Tambahan pula sekarang cuaca di Terengganu begitu panas dan kering, rumput pun sukar untuk hidup,” katanya.
Beliau berkata langkah memulihara keadaan padang sentiasa diberi perhatian.
“Bagi pasukan yang berkualiti, mereka tidak mempunyai masalah untuk beraksi dalam sebarang keadaan padang,” katanya. — Bernama
0 comments:
Post a Comment