Teman dok heran gak.. semakin hari semakin banyak kes-kes jenayah dilaporkan didada akhbar.. Itu yang dilaporkan..
7 suspek kes rogol serah diri
7 suspek kes rogol serah diri
IPOH 7 Mac – Tidak sampai 24 jam nama mereka disiarkan akhbar, tujuh daripada sembilan suspek kes rogol seorang pelajar di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Felda Sungai Klah dekat Sungkai, datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, malam tadi.
KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.
SEREMBAN 7 Mac – Polis mempergiatkan usaha memburu saki-baki ahli Kumpulan Sawit United selepas ketua dan dua pengikutnya mati ditembak di Serting Hilir, Bandar Sri Jempol, kelmarin.
PETALING JAYA 7 Mac - Dua buah kereta milik Presiden dan Naib Presiden Hindu Sangam Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diletakkan di hadapan pejabat itu rosak apabila dibakar dengan menggunakan bahan api oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
KUALA LUMPUR 7 Mac - Kebiasaannya, setiap pagi wanita ini akan berkunjung ke gerai makan berhampiran rumahnya di Lorong Ikan Emas 3, Cheras di sini untuk bersarapan.
Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR , 7 Mac — Polis menghentikan perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman di sini — tindakan malam kedua berturut-turut pihak berkuasa, yang diadakan sempena ulang tahun kedua kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2008.
Naib Presiden PKR Azmin Ali dihalang oleh anggota polis rusuhan Unit Simpanan Persekutuan ketika sedang berucap ratusan hadirin.
Ketika polis mendekatinya, Azmin yang juga Ahli Parlimen dan ADUN memberitahu mereka yang hadir bahawa kelab itu adalah milik kerajaan negeriSelangor , bukannya “harta Umno.”
“Saya minta anggota polis menerima perjuangan Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan disambut mereka yang hadir.
“Jika kita diberikan mandat untuk mengambil alih (kerajaan), kita akan menjaga kepentingan anggota polis,” kata beliau sebelum ucapannya dihentikan.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua MenteriPulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Kemudian polis menghantar kenderaan perisai air untuk menyuraikan penyokong Pakatan Rakyat agar meninggalkan kelab itu.
Kemudian Ahli Parlimen Batu dan pengarah strategi PKR Tian Chua meminta hadirin masuk ke dalam dewan, untuk memenuhi syarat polis yang melarang mereka berhimpun di kawasan padang.
Malam tadi polis menghentikan majlis makan malam dianjurkan DAP di Kepong, tidak jauh dari lokasi malam ini.
Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen — buat julung kali, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan Perak awal tahun lalu manakala tiga Ahli Parlimennya menjadi wakil rakyat Bebas.
Selain tiga Ahli Parlimen dengan sendiri keluar PKR, semalam parti itu memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang memutuskan untuk tidak merayu dan mahu bertindak menjadi wakil rakyat Bebas.
Lagi kanak-kanak maut didera
PETALING JAYA 4 Mac - Genap seminggu selepas kematian Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera, kita dikejutkan dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda - baru berusia setahun enam bulan.
Last-last dapat gak tau apsal.. Polis sibuk dengan tugasan yang diarahkan oleh UMNO rupanya... Maka logik la kalau ditukarkan ke Polis Diraja UMNO..Oleh Adib Zalkapli
Naib Presiden PKR Azmin Ali dihalang oleh anggota polis rusuhan Unit Simpanan Persekutuan ketika sedang berucap ratusan hadirin.
Ketika polis mendekatinya, Azmin yang juga Ahli Parlimen dan ADUN memberitahu mereka yang hadir bahawa kelab itu adalah milik kerajaan negeri
“Saya minta anggota polis menerima perjuangan Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan disambut mereka yang hadir.
“Jika kita diberikan mandat untuk mengambil alih (kerajaan), kita akan menjaga kepentingan anggota polis,” kata beliau sebelum ucapannya dihentikan.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri
Kemudian polis menghantar kenderaan perisai air untuk menyuraikan penyokong Pakatan Rakyat agar meninggalkan kelab itu.
Kemudian Ahli Parlimen Batu dan pengarah strategi PKR Tian Chua meminta hadirin masuk ke dalam dewan, untuk memenuhi syarat polis yang melarang mereka berhimpun di kawasan padang.
Malam tadi polis menghentikan majlis makan malam dianjurkan DAP di Kepong, tidak jauh dari lokasi malam ini.
Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen — buat julung kali, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan Perak awal tahun lalu manakala tiga Ahli Parlimennya menjadi wakil rakyat Bebas.
Selain tiga Ahli Parlimen dengan sendiri keluar PKR, semalam parti itu memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang memutuskan untuk tidak merayu dan mahu bertindak menjadi wakil rakyat Bebas.
0 comments:
Post a Comment