Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 20, 2010

Anwar - Hanya Penjara menantimu!



Teman semacam juga dengan bekas duta US ni...
Sangat-sangat merasakan yang DS Anwar akan kembali ke penjara!

Mungkinkah dengan cara itu (Anwar ke penjara) akan memungkinkan UMNO kembali segar-bugar?

Mungkinkah dengan cara itu (Anwar ke penjara) akan memungkinkan Pakatan Rakyat akan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi?

Adakah pada fikiran UMNO, Pakatan Rakyat hanya ada Anwar Ibrahim?

Mungkinkah setelah DS Anwar Ibrahim ini dipenjara fizikalnya, aura perjuangan rakyat akan terhenti?

Dan paling penting, mungkinkah akan timbul berjuta lagi Anwar Ibrahim selepas itu???

sunsnake 20072010


Bekas duta US: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam. "Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott. "Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

Berita Penuh

0 comments: