Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 30, 2009

Doa TGNA - Najib yang keliru!


Dah jenuh Nga Kor Ming baca ayat ni dalam ceramah!
Tu la.. bila ada bukan Islam baca maksud ayat Quran (bukan tafsir)..
UMNO bukan main marah! Siap ajak semua rakyat Malaysia marah sekali!
UMNO ingat rakyat Malaysia jahil macam dia jugak!
Yang baca berita TV tu yang perempuannya tudung pun tak pakai!
Ada hati nak baca berita yang kondem ulama'!!
Cakap jahil marah!
Cakap munafik membunuh pun sanggup!

Ayat yang selalu dibaca oleh Nga Kor Ming
"Janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim,
kelak kamu akan disambar oleh api neraka!" (Surah Hud, Ayat 113)

Najib Tun Razak zalim apabila gagal menyerahkan hak milik rakyat Kelantan dalam keuntungan Petronas dalam bentul royalti!
Bukan setakat Najib, Pak Lah, Mahathir pun turut sama zalim sebab selama ini 'pekak, buta dan tuli' dalam isu ini!

Salahkah TGNA berdoa moga Allah SWT musnahkan masa depan Najib dan UMNO apabila TGNA dan rakyat Kelantan dizalimi oleh UMNO-BN?
Najib selaku ketua kepada UMNO dan BN pastinya bertanggungjawab sepenuhnya atas kezaliman ini dan moga Allah SWT makbulkan doa TGNA tersebut.
Sesungguhnya doa makhluk yang dizalimi PASTI akan dimakbulkan oleh Allah SWT walaupun mahkluk itu bukan Islam!

Sama-sama kita nantikan...
Semoga mereka memperoleh hidayah Allah SWT untuk menghentikan kezaliman UMNO-BN terhadap rakyat Malaysia yang bertuah ini!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
sunsnake 30.11.2009


Hormati perjanjian royalti 5 peratus

Oleh: ardzulna

"Wahai Ahli UMNO termasuk Bro Harussani renunglah artikel ini dengan hati yang suci bersih janganlah dek nak jaga perik nasi kamu, maka kamu berlaku zalim kepada kami rakyat Kelantan

PM kata :

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad.

Tg Razaligh kata :

"Hormati perjanjian royalti 5 peratus"

SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara.

Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.

“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.

Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.

“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut," katanya.

0 comments: