Dulu, Kini dan Selamanya..
UMNO ni memang satu parti yang bodoh lagi membodohkan!
Sesat lagi menyesatkan!
Busuk lagi membusukkan!
Lagha lagi melaghakan!
Kalau nak popular! jangan bakar gambo Guan Eng,
Bakor bangunan Komtar tuh!
Nak lagi glamour bakar jambatan Pulau Pinang!
Tapi jangan bakar tang Tol, nanti Samy Vellu marah maa!
Siap tak mengaku siapa yang bakor gambar Guan Eng tuh!
Ini dah jadi macam di Shah Alam!
Dah heret kepala lembu dekat 200 meter, last2 sorang pun tak nak ngaku siapa yang bawa??
Wakakakakak!! Bodoh punya ahli UMNO!
Kalau bodoh jangan bagitau orang!!! wakakakakak!!
Sudah-sudahlah UMNO oi..
Di Selangor, sibuk heret kepala lembu depan SUK,
Di Penang, sibuk bakor gambar KM depan Bangunan Dun,
Di Kedah, antor cina-cina MCA & Gerakan demo bela babi..
ada jugak la cina-cina DAP joint sikit2..
Di Perak lagi hawau!
Siap pemuda UMNO menyamar jadi Polis dalam DUN!
Ini la bukti UMNO sememangnya tak boleh terima kenyataan!
Mencabul dan melanggar demokrasi apabila demokrasi itu tidak lagi memberi kelebihan kepada mereka!
Err.. bukankah ini doktrin komunis?
oppsss!!! Mau dihambatnye teman karang!
sunsnake 30.11.2009
Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar | |
|
Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.
Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.
Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan dengan dakwaan ia tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.
Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong kemudian menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.
Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini bahawa mereka merancang agar perhimpunan itu berlangsung secara tertib dengan hanya membawa sepanduk dan poster.
Bagaimanapun seorang lelaki pertengahan umur tiba-tiba menyertai tunjuk perasaan itu dan kemudian mengambil sekeping poster lalu memijak dan membakarnya.
"Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," kata Oh.
Tambahnya, polis kemudian membawa lelaki tersebut dan seorang pegawai polis Cawangan Khas memberitahunya bahawa lelaki itu seorang penduduk kampung itu yang kini telah diranapkan untuk projek pembangunan.
Menurut Oh lagi, sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala sebelumnya berkunjung ke bangunan DUN untuk menyerahkan memorandum kepada ketua menteri dan meninggalkannya ketika kumpulan Pemuda BN itu sedang berdemonstrasi.
Katanya, semua penyokong Pemuda BN memakai baju putih dan berseluar hitam, manakala lelaki yang membakar itu berpakaian warna.
"Kami mengutuk tindakan membakar poster. Jika anda ada rungutan, anda harus menyatakan secara aman," katanya, yang juga timbalan ketua Pemuda Gerakan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment