Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 30, 2009

Rombak jangan tak rombak!




Akhirnya Kerajaan Pusat mengakui perlunya BTN dirombak!

Pada teman, satu cara sahaja iaitu memberi peluang semua wakil daripada pelbagai pihak duduk di dalam kumpulan yang akan membentuk semula korikulum BTN ini.

Wakil setiap parti politik dan kaum ada didalamnya! Baru canggih bro!

Takkan UMNO-BN sahaja yang patriotik?
Abis, yang PAS ni komunis?
komunis pun sayang negara sendiri bro!

Yang jadi masalah bila BTN anggap
Melayu itu UMNO
UMNO itu Melayu
Lemah UMNO, lemah Melayu
Lemah Melayu, lemah UMNO!

Ini masalah problemnya!

Menipu tak sesudah!

Wallahualam.
sunsnake 30.11.2009


Sukatan kursus BTN dirombak - malaysiakini

Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.

Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

0 comments: