Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 30, 2009

Menanti 'kejutan' bolasepak Malaysia!


Teman last yang diingat bila team bola Malaysia menang Pingat Emas Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur...
teman sekolah rendah lagi masa tu..
Kapten rasanya Azizol Abu Hanifah! wira Perak yeob!
Itulah yang last kan?

Harap-harap kejutan kali ini adalah menyamai rekod tersebut..
sebab ini Sukan Sea bukan Sukan Asia..

Hmm.. boleh ke? ke semuanya harapan palsu?

sunsnake 30.11.2009

Bola sepak yakin bawa kejutan di Sukan SEA

30/11/2009 1:15pm

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Skuad bola sepak bawah 23 negara yang bakal beraksi pada Sukan SEA, Laos yakin akan memberi satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengurus skuad negara, Datuk Subahan Kamal berkata, semangat pasukannya itu juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat skuad negara pulang dengan kemenangan.

Katanya, keyakinan beliau yang cukup besar terhadap pasukan bola sepak negara itu kerana pengalaman yang dilalui oleh setiap pemain sejak kebelakangan ini selain boleh dianggap telah bersedia sepenuhnya.

"Walaupun mereka masih muda tetapi menerusi keputusan perlawanan skuad negara dengan beberapa negara besar sebelum ini seperti Arab Saudi, Kenya dan China, mereka memperlihatkan permainan yang baik.

"Kita tahu pasukan membawa harapan rakyat Malaysia yang sangat besar iaitu untuk melihat pingat emas yang telah 20 tahun tidak pernah dicapai. Itu tempoh yang lama namun kita yakin pasukan ini boleh membanggakan semua rakyat Malaysia,” katanya. - Melayau

0 comments: