Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, March 2, 2010

Harga ikan mungkin naik? dah naik dah pun!!


Monyok je muka orang umah teman pagi tadi..
balik dari pasar..

"Na pe?"
"Mahal giler ikan hari ni.. 3 ekor kembung besar dah 5 hengget!
"uikksss!!!"

Mula terbayang rupabentuk kotak berinsulasi tinggi kepala bana Noh Omar tuh!
Mula terbayang kapal pukat tunda kat laut!
Mula terbayang jaring pukat hanyut!
Mula terbayang muka brader yang jual ikan kat pasar basah Bukit Sentosa nih!
Mula terbayang ATM machine kat bank!

Mudahnya jadi Kerajaan Malaysia..
agak-agak takde duit.. buat la plan pelik-pelik..
Buat la arahan-arahan yang memusykilkan fikiran.

Apa ada hal?? Janji masyukkkk!!
Rakyat dihinakan.. Kroni diperkayakan!

Bila la Melayu Felda nak sedar?
Bila la ahli PEKIDA nak sedar?

sunsnake 02032010

Protes: Peniaga ikan tunggu dan lihat

ALOR SETAR 1 Mac - Tunggu dan lihat. Itu pendekatan yang diambil oleh peniaga-peniaga ikan di sekitar bandar raya ini selepas pengimport dan pemborong ikan menghentikan operasi membawa masuk ikan mulai hari ini.

Tindakan pengimport dan pemborong ikan itu sebagai protes berikutan arahan penguatkuasaan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurut para peniaga ikan, berikutan keputusan berkenaan, mereka kini mempunyai dua pilihan iaitu mendapatkan bekalan ikan tempatan atau menghentikan sementara jualan sehingga bekalan ikan import kembali pulih.

Mereka bagaimanapun amat berharap isu berkenaan dapat diselesaikan segera kerana jika berlarutan, ia akan menyusahkan banyak pihak termasuk para pengguna yang mungkin berdepan dengan kenaikan harga ikan.

berita penuh

Noh akan temui pengimport ikan Thailand

PUTRAJAYA 1 Mac - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dengan wakil pengimport ikan dari Thailand esok untuk menyelesaikan isu penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG).

Pertemuan itu diadakan selepas kementerian itu berjaya menyelesaikan isu sama yang dihadapi pengimport ikan dari Indonesia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun berkata, walaupun masalah yang dibangkitkan pengimport ikan dari Indonesia telah diselesaikan hari ini namun mereka masih mahu meneruskan boikot sementara menunggu hasil perbincangan kerajaan dengan pengimport ikan dari Thailand.

berita penuh

0 comments: