Monday, March 7, 2011
ROS Pun Komponen Barisan Nasional ke?
Adehhh!!
Teman tak rasa yang Timbalan Pengerusi SPR ni tak tahu yang PAS,DAP dan PKR dah lama apply kat ROS untuk satu nama iaitu "Pakatan Rakyat"..
Sebab teman yang duduk di Hulu Selangor ni pun tahu hal ni..
Takkan la Timbalan Pengerusi SPR yang duk di Putrajaya tak tahu?
Hulu benor ke Putrajaya tu wehh??
ke sebenarnya dia terlebih bodek?
Ye le.. Ini la peluang.. diwaktu kemenangan BN dalam PRK ni..
kompom mood Najib tengah baik dan cantik!
So, inilah masa terbaekkk untuk bodek sikit agar diingati bodekannya itu dimasa akan datang!
Ada peluang masyukkkkk wehh! Takkan nak keje kerajaan sampai mati..
kompom akan bukak bisnes lepas pencen nanti!!
Paling koman jadi Pengerusi Bukan Eksekutif Air Asia macam Rafidah Aziz!!
Itu upah menangis bagai nak rak masa Che Det tiba-tiba umum nak bersara dulu!
PR kena all out untuk jadikan Pakatan Rakyat satu entiti..
Bawah satu lambang...
Supaya senang di pilih oleh rakyat kelak..
Supaya dapat tutup mulut-mulut celupar pimpinan BN yang kata PR belum bersatu!
Ceh! BN yang guna lambang kapal layar sejak pra merdeka pun bercakar sampai la ni!
Cumanya media tak siar.. sorok bawah carpet!
sunsnake 07032011
'ROS pendam permohonan Pakatan'
Gabungan pembangkang telah memohon untuk mendaftar secara rasmi, tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskannya. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.
Menurut beberapa ahli politik pembangkang, permohonan tersebut telah dikemukakan kepada ROS sejak November 2009.
Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mereka telah mengemukakan permohonan kepada ROS ketika Datuk Zaid Ibrahim masih bersama gabungan itu. Zaid kini presiden parti KITA.
Berita Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
ROS simpan wat pekasam...
Post a Comment