Jaga-jaga.. gunung berapi nak meletup!!!
sunsnake 27052010
Hishammuddin minta Vell Paari tunjuk bukti atau mohon maaf
PUTRAJAYA, 26 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin hari ini meminta S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu membuktikan dakwaan yang UMNO menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC, atau memohon maaf atas dakwaan tersebut.
Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau bukan sahaja marah dengan tuduhan tersebut, malah menganggap ia tuduhan melulu, tidak bertanggungjawab dan cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap permasalahan dalaman sebenar parti berkenaan.
Khairy minta Pemuda MIC henti tuduh liar, ugut BN
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta rakan sejawatannya dari MIC menghentikan dengan segera tuduhan-tuduhan liar kononnya parti itu menjadi dalang kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Sehubungan itu Khairy berkata, Pemuda Umno memandang serius kenyataan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bahawa MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu terlibat dalam penganjuran GAS.
“Selaku Ketua Pemuda Umno dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, saya telah menghubungi dan bercakap dengan saudara Mohan bahawa MIC perlu menghentikan tuduhan-tuduhan liar kononnya Umno menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden MIC.
Anak Samy: ‘Ayah saya tolak gelaran Tun, jawatan duta’
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Ketika ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.
Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”
“Ia menunjukkan ayah saya bukan seorang yang ingin kekal dalam jawatan yang dipegangnya buat selama-lamanya... ini tidak benar, saya bersama beliau, saya tahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
0 comments:
Post a Comment