Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 1, 2010

Standard laaa.. UMNO!

Jarang-jarang la ada pemimpin UMNO yang dapat membezakan
antara kerajaan & parti politik..
antara media kerajaan & media parti politik..
antara harta kerajaan & harta parti politik..
antara duit kerajaan & duit politik..

Duit royalti yang sah milik rakyat Kelantan..
Disebabkan politik pada UMNO Kelantan ianya milik UMNO Kelantan!
Buktinya?

Sokong Najib bagi 'wang ehsan' sebab duit tu nanti tidak disalurkan terus ke Kerajaan Kelantan tapi kompom! lalu kat UMNO..
macam UMNO Terengganu buat masa Hj Hadi jadi MB dulu laa!
Bila Ganu UMNO dapat balik, dan-dan jadi Royalti balik!

La ni Kelantan pulak!
Silap-silap kalaulah ditakdirkan UMNO dapat Kelantan..
Kompom potong jarilah!
Wang Ehsan tu akan otomatik jadi Royalti!
Ntah undang-undang mana lak la nak kena 'cabul' lagi dengan UMNO ni..

Standard laaa.. UMNO!
sunsnake 01032010

ADUN Umno tarik balik sokongan
Abdul Rahim Sabri
Mac 1, 10
4:37pm
Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

berita penuh

0 comments: