Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 1, 2010

Ini ada permit ka? Ada? aikk??

Yang ni boleh pulak ada permit?
Kepala Bapak tauliah mana kuffar ni ada?

Yang ni? Mamat sial ni ada Ijazah Syariah Mesir ke?
Ke anak-anak Tok Menteri pun joint?


Yang ni ada Selawat Nabi dan Tasbih Kifarah kot didalamnya?


Yang ni bekas Imam Masjidil haram kot???


Yang ni bekas Ustazah KAFA kat johor ke?

sunsnake 01032010

Anak bekas mufti dituduh mengajar tanpa tauliah

Anak bekas mufti Perlis Fathul Bahri Mat Jahaya dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah semalam.

Fathul Bahri, 30, yang dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.

Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas prosiding tersebut pagi tadi, Fathul Bahri mengesahkan tangkapan dan pendakwaan terhadapnya itu.

“Saya sekarang ini dalam proses mendapatkan khidmat peguam bagi menangani kes ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat agama di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu negara.

Menceritakan pengalannya ditangkap pada kira-kira 11.30 malam tadi, Fathul Bahri berkata, beliau ketika itu sedang menyampaikan ceramah - berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah - di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Gagal pohon tauliah di Selangor

Suasana menjadi kecoh seketika apabila sebahagian pelajarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, tambahnya.

Selain Fathul Bahri, JHEAINS turut dilaporkan menahan tiga lagi lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun atas tuduhan bersubahat.

Dalam tangkapan semalam, Fathul Bahri dan kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk soal siasat.

Jika disabitkan bersalah, Fathul Bahri dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Berita Penuh

0 comments: