Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 14, 2011

Salute kepada Bro Prihatin ni!


Teman ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas buat Brader ni..
membantu mangsa kemalangan sehingga dia sendiri nyaris-nyaris terkorban!
Bahkan kehilangan sebelah kaki dan patah kaki sebelah lagi!

Hebat dugaan yang beliau hadapi dan alami..

Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah buatnya..

Pihak yang berwajib seperti Kerajaan Malaysia dan Selangor WAJIB memikirkan sesuatu bagi membantu brader ni menghadapi kehidupan OKU nya selepas ini..

budakbalun 14042011

Hilang kaki kerana menolong

AMPANG: Keprihatinan seorang lelaki menyelamatkan sepasang suami isteri yang tersepit selepas kemalangan bertukar tragedi apabila dia kehilangan kaki kanan dari paras paha akibat dilanggar sebuah kereta lain, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Ong Kim Koon, 52, dilanggar dari belakang ketika berusaha mengeluarkan Zainal Mohammad, 45, dari Perodua Viva yang dipandunya.


Sebelum itu, Ong berjaya mengeluarkan isteri Zainal, Rosamiah Hashim, 38, selepas kereta dinaiki pasangan terbabit berlanggar dengan sebuah Toyota Vios di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, di sini.

Bagaimanapun, ketika Ong mengeluarkan Zainal, dia dirempuh sebuah Toyota Estima dari arah belakang menyebabkannya tersepit pada Perodua Viva berkenaan.


Pemandu Toyota Estima yang melanggarnya pula melarikan diri dari tempat kejadian. Mujur, Ong dibantu beberapa individu lain yang lalu di kawasan itu dan membawanya ke hospital.

Berita Penuh


0 comments: