Nak gelak pun ada...
Nak sedih pun ada...
Nak nangis pun ada...
Nak ketawa pun ada...
Mungkin mamat Palestin ni ada sebab untuk bertindak bodoh macam tu..
Tapi dalam Islam, kot mana pun membunuh diri adalah Haram..
Jika dia benar-benar beriman kepada Allah SWT, mana mungkin dia bertindak sebegitu..
Ke sebab 'ter'pakai lilit kepala PERKASA???
Mau melompat pulak mamat Palestin tu lepas nihhhh!!!
sunsnake 01062010
Cubaan bunuh diri dalam demo anti-Israel |
|
Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.
Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir. Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan. Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.
2 comments:
BAHLOLNYA.... KETUA PERKASA LAGI BAHLOL.
Kalau Ketua PEKASA yang nak bunuh diri mau orang keliling buat tak tau!!
silap-silap depa duk sibuk cari maca atau pisau nak hulurkan...
Post a Comment