Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, February 13, 2010

Confirm laa Dia akan pilih UMNO!



Aiseh! Dato' Zahid..
Takkan dia nak masuk PPP,
Takkan dia nak masuk KIMMA,
Mustahil dia leh masuk MCA,
apatah lagi MIC!
Gerakan mungkin boleh kot?
Cuma ada lagi ke Gerakan ni??

Apa pilihan yang dia ada?
Jangan la Dato' Zahid buat ayat macam tu..
Buat bergetar je jiwa dia..
Sejak 2-3 hari ni dah tegak segala bulu dibadannya nak joint UMNO balik nih!
Dato' Zahid ni buat-buat tak tahu pulak!

Offer jela terus/direct kat dia..
Kalau sudi katakan sudi Dato' Zahid..
Tidak dia ternanti-nanti..

hahahahaha!
sunsnake 13022010

Zahrain diajak sertai komponen BN

JOHOR BARU, Feb 13 — Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim dialu-alukan untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahrain merupakan bekas ketua Umno Bahagian Tanjong dan keluar parti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada September 1998.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, menyambut baik keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru itu untuk meninggalkan PKR dan berharap beliau akan menyertai BN.

“Kita berharap beliau akan dapat tarik rakan-rakannya yang lain yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang untuk keluar daripada parti itu,” kata beliau dipetik Bernama.

Sekiranya tidak berniat untuk menyertai BN, Zahrain boleh menjadi Ahli Parlimen Bebas yang “mesra BN”, kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan selepas merasmikan penubuhan Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor di Simpang Renggam, 71 kilometer dari sini hari ini.

Mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantik timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman sebagai pengerusi lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, beliau berkata pelantikan itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Pulau Pinang (MAIPP).

“Sesiapa yang bukan ahli Majlis Agama Pulau Pinang (Mansor) tidak ada hak untuk menjadi pengerusi pusat zakat itu dan hanya presiden majlis yang boleh menjadi pengerusi seperti kebiasaannya,” katanya. — Bernama

0 comments: