Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 5, 2011

Mufti Harussani.. Adehhh!!


Allahuakbar..
Rasanya ini kali yang ke 8 teman nulih pasal Tok Mufti nih..
Makin lama makin kemana-mana hala ntah!

Tu la akibatnya apabila golongan 'alim berkawan dengan golongan yang tak serius dalam Islam..
Berkawan dengan UMNO Perak yang terkenal dengan 'matlamat menghalalkan cara"nya..

Teman pun ada gak berkawan dengan geng-geng UMNO Perak nih..
Dan seperti biasa.. kalau bersembang dengan puak-puak ni..
Sembang pasal Islam ni sama level je dengan adat..

Sebab tu kalau perkara-perkara buruk dibuat..
akan kedengaran selalunya ayat macam ni..

" Tak elok buang bayi tepi jalan tu.. menyalahi adat dan budaya kita.."

Sepatutnya disebut menyalahi syara' Islam dulu.. baru la timbul perkataan adat..
Malangnya puak-puak ni lebih dekat di hati mereka budaya melayu berbanding hukum Islam itu sendiri..

Sebab tu bila nak pilih Imam di masjid.. puak-puak UMNO ni selektif..
Nak yang betul-betul baik..
Nak yang betul-betul hebat bacaan Al-Qurannya..
nak yang betul-betul bersih amalan dan tingkahlakunya..

Tapi apabila nak memilih pemimpin?
Apabila nak pilih ketua UMNO bahagian?
Apabila nak pilih Ketua UMNO Bahagian?

Tak pulak KPI yang sama dijadikan panduan?

Tak kisah pulak hatta calon ketua UMNO tu pernah kantoi rasuah!
Tak kisah pulak hatta calon Ketua UMNO tu jarang nampak di Masjid/Surau?
Tak kisah pulak hatta calon ketua UMNO tu sombong?

hmmmm...
Kesian pulak tengok nasib golongan arif agama dalam UMNO..
Jadi tukang baca doa aje laaaaaa!
sunsnake 05032011

PAS: Harussani terkena racun sekular BN
Nazri Abdullah & Mohd Nor Yahya
TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.

"Akhiryna mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang.

"Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik,"katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.

Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berita Penuh

6 comments:

Anonymous said...

haa tu laa..

aku pun tak sokong sgt dgn pork nick. bila kene tegur sket cepat2 buat fatwa baru

kene 'tempeleng' sket cpat2 buat fatwa merapu

kene 'jentik telow' sket cpat2 kafirkan org islam lain

kesian..kesiann..

pada hal aku cukup suke kat pork nik nih

tapi knp dia jadi cmtu?

andropos ke?

sunsnake@budakbalun said...

hmmm..
inilah tahap bahasa pencacai..

nak komen pun jadi malu..
fakta? hujah? hadis? nas?

lagi takde laaaa!!

juli2.. said...

Salam Sunsnake..
Bro,neh zaman nk buat syariat mcm menggenggam bara api bro..
Nabi dh citer tentang puak2 neh..
Tgk la betapa benarnya kata2 Rasulullah s.a.w..
tgk la komen anon tuh..
Agama pun x berapa paham ada ati nk komen ulama..
Org skrg amal x seberapa pun nk komen ulama..siap ejek2 nama lg tu..
Dunia skrg dh masuk dunia fasik bro..
Klu dgn Ulama pun dia x suka,x guna kita nk berlembut dgn org2 mcm neh..
Diorang mana tau Ayat yg mengatakan ciri2 golongan yg musyrik setelah mereka itu Islam..

Anonymous said...

Adehh..

Kita nie bukan la nak mengata/mengutuk pada ulamak, ulamak dan mufti yang sorang nie memang terang dan nyata memang berat sebelah.

Pada anon 6:45, sudah-sudah la merepek tak tentu hala, nampak sangat nko nie meroyan dapat RM50 ngan umNGOK dah macam dapat makan untuk 5 tahun.

-wakleman

juli2.. said...

Salam walkemen..
Teman bising dgn anon yg ejek nama dgn Ejaan "pork" tu..
Harussani tu memang teman tahu dh dia suka berpihak pd UMNO..
Bukan susah pun nk bezakan ulama dunia dgn ulama akhirat..Klu dgn kelompok yg zalim pun dia condong hati,kita dh tahu itu ciri ulama yg mcm mana.

sunsnake@budakbalun said...

tak suka teman pun kat harussani..
tak tergamak bagi nama bukan2 kat dia..

sebab dia tu seorang yang tinggi ilmu Islamnya..

cumanya pendapat dia sering berbeza..

malangnya..
golongan UMNO ni hina ulama' sampai tahap kafir pun tak sanggup buat!

ntah apa la nak jadi dengan mereka ni...
semoga Allah SWT kurniakan hidayah sekiranya ada sekelumit iman dalam hati mereka lagi...