Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 1, 2010

PKR dan PAS Pemalas!!!

Jangan kelak dikatakan seperti 'tong kosong' syeikh!!!


Itu je yang boleh teman ulas berdasarkan tajuk diatas..
Mungkin ahli-ahli PAS cukup berpuas hati dengan keputusan PRU2008 dulu kot?
Selaku parti terbesar didalam Pakatan Rakyat dan mengakui mempunya keahlian lebih 1 juta la ni..
takkan banyak itu sahaja yang boleh dicapai?
dimanakah jihad ahli-ahli PAS yang mengaku memperjuangkan Islam?

Bukankah pengundi ini diibaratkan peluru yang akan digunakan dihari mengundi nanti?
kalau dah peluru kurang, bagaimana nak menang?
kalau dah tak menang, macam mana nak tegakkan Islam?
nak hancurkan toghut??

Teman ulas begini sebab teman sendiri terlibat dengan aktiviti pendaftaran pemilih ini..
setiap minggu hanya nampak kelibat 4-5 orang ahli PAS itulah..
setiap minggu pun itulah.. mana ahli yang lain?
cukupkah sekadar hanya turun di musim pilihanraya?
cukupkah sekadar menyumpah seranah UMNO-BN dihadapan TV menonton Buletin Utama?

Perjuangan bukan sekadar di mulut tetapi melalui tindakan dan kesan..
Kelak jangan sibuk menyalahkan orang lain apabila tunduk dengan kehebatan peluru musuh!

Wallahua'lam
sunsnake 01092010

Daftar pemilih: DAP dan Umno terus dahului PAS
Harakahdaily

PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

1 comments:

Yong said...

PAS dengan PKR ingat dengan ceramah orang akan undi demer. Teruskan mimpi anda. Gerombolan terdesak akan buat ape saje.