Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 1, 2010

Lawan PERKASA Nurul Izzah bukan Anwar!

Ini anak-anak Anwar.. Sapa pernah tengok anak-anak Ibrahim?? wakakaka!


Teman masih ingat Anwar cabar Pak Lah debat isu naik minyak dulu..
Pak Lah senyap tak kata apa..
akhirnya panglima air liur ditepian bibir si Shabery Chik yang jawab dan kata sanggup terima cabaran Anwar..
Walaupun pada mulanya Anwar menolak kerana tidah mahu berdebat dengan 'ikan bilis'..
Akhirnya ANwar setuju dek memikirkan ini sahajalah peluang yang ada bagi membuktikan bahawa Harga Minyak tidak sepatutnya naik pada waktu itu...

hasilnya? semua orang tahu!
berbuih mulut Shabery Chik nak membalas pidato Anwar..
Anwar cerita pasal ketirisan perbelanjaan cukai daripada Petronas..
Shabery dok cerita pasal Anwar ejen IMF..
punya la jauh cerita dia!

so, kali ni berulang lagi..
cumanya yang mencabar hanyalah Nurul Izzah anak gadis Anwar Ibrahim.
Secara tiba-tiba Ibrahim Ali melincat bagai nak rak!
Manusia ini yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz tak bertaqwa ini..
dengan bongkak mengatakan yang Nurul Izzah bukan 'level' dia!!
Waakakak!
Shabery Chik juga bukan level Anwar..
Tapi Anwar sanggup berdepan dengan manusia yang bukan level dia..
dek kerana Pak Lah sewaktu itu tidak mahu berenggang dengan pelukan Jeane!

Hmm... hebat sungguh nampaknya waris Anwar Ibrahim ini walaupun perempuan..
Waris Ibrahim Ali? wakakakak!
Gi tengok kat longkang-longkang selepas hujan!!!
sunsnake 01092010

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

August 31, 2010

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.

“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar).

Berita Penuh

0 comments: