Tergamak kamu sanggah kata-kata Presiden UMNO!
Tergamak kamu sanggah ikrar Presiden kami!
Tidak tahukah kamu..
Presiden kami ini seorang yang wara'?
Presiden kami ini seorang yang istiqamah?
Presiden kami ini seorang yang 'alim?
Presiden kami ini seorang yang zuhud?
Presiden kami ini berdarah melayu 120%!!
Kata-katanya ibarat halilintar membelah bumi!
Kata-katanya ibarat petir menyabung awan!
Lafaz katanya ibarat Tumbukan Panglima Berantai!
Tutur bicaranya ikhlas bak dayang istana!!!
Kamu tu cina.. bukan melayu!
Bangsa kamu tak semulia bangsa kami!
Saham bumiputera lesap?
Persetankan saham itu!!
Itu hak kami bukan hak kamu!
Itu hak melayu bukan hak cina!!
Kamu peduli apa saham melayu hilang sampai RM52 Bilion?
Kami orang melayu peduli hapa!
Janji "Kemuliaan melayu' dipelihara!
Hanya UMNO sahaja yang mampu menjaga Melayu!
Hanya bangsa melayu sahaja yang mulia!
Siapa Islam tanpa melayu?
Hidup Melayu!! Hidup Melayu!!
Kami bagi amaran pada kamu..
Duhai Lim Guan Eng!
Jangan persoal lagi saham-saham melayu yang hilang itu!
Itu hak kami!
Itu warisan kami!
Kalau tidak,
masakan kami terpekik terlolong menyanyi lagu Warisan di PWTC baru-baru ini?
Dek kerana semangat melayu kami melebihi segala-gala yang ada didunia ini!
Dek kerana semangat melayu kami melebihi melayu PAS!
Maklumlah.. Malaikat di kubur akan bertanyakan..
"Kamu bangsa apa?" didalam tanah nanti!!
Akhirnya duhai Lim Guan Eng..
Jangan sesekali berani bermain api!
Kelak akan membakar diri!
Itupun kalau kami sempat membakarnya..
Sebelum Kuasa Rakyat membakar kami!
Ikhlas - Pejuang Melayu Tulen dan Abadi @ PWTC
sunsnake 22102010
Kontrak sosial: Umno lesap saham Melayu? | |
|
"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa? Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah? "(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin?" soalnya.
Lim mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Najib pada ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, semalam.
Berita Penuh
2 comments:
Hampeh,cium tangan,hehehe
Cium sampai melekat air liur tuhh!!
uwekkk!!
Pok Jib tahan je leeeee!!!
Post a Comment