Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 22, 2010

Muliakan Melayu? Dah Macam Yahudi Pulak???

eh..eh.. Mulianya melayu dengan akak di atas nih!! wakakaka!


Setahu teman..
satu-satunya bangsa yang menganggap hanya diri mereka yang paling mulia hanyalah Bangsa Yahudi!

So, bila Dato Seri ni sibuk nak kempen 'Muliakan Melayu' nih... teman dah jadi suspicious!

Err.. dia bukak kitab Taurat gak ke? Thalmud gak ke?

Tiba-tiba nak suruh orang perjuangkan kemuliaan melayu!!

Aduyaiii!!
Perhimpunan Agung UMNO ni nak bincang masalah melayu sahaja ke?

Woii!! Masalah Melayu ni semuanya berpunca daripada masalah kejahilan Islam oleh melayu!
So, nak perbaiki.. kenalah repair melayu Islam tu dulu..
Takde cara lain selain kembali kepada Islam yang sebenar..

Jadilah melayu Islam yang takutkan Allah SWT!
Jadilah melayu Islam yang ikut segala ajaran Muhammad SAW!
Jadilah melayu Islam yang patuh kepada segala ajaran Al-Quran.. Sepenuhnya!
Bukan guna Al-Quran untuk Raya, Puasa, Zakat, Haji dan untuk halau syaitan je!

Sengal!

p/s: Makin lama makin 'takut' teman tengok betapa mengarutnye ucapan-ucapan di PWTC nih!

sunsnake 22102010

'Kemuliaan Melayu bukan Ketuanan Melayu'

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu. “Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu.

Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat. “Jika ditinjau dengan teliti, ciri-ciri kemuliaan Melayu yang membawa kepada kemerdekaan dan memacu BN ke arah pencapaiannya hari ini,” katanya.

Berita Penuh

Kaum Zionis sejahat-jahat manusia di muka bumi

Yahudi yang merempat di seluruh dunia, mendapat semangat baru apabila Theodor Hezel mengeluarkan doktrin bahawa bangsa itu merupakan bangsa yang mulia, manakala bangsa-bangsa lain adalah berjiwa binatang. Doktrin ini kemudiannya dikembangkan oleh para pendeta mereka, sehinggalah kematian seorang rabbi pada 7 Jun lalu kita mendapat gambaran bahawa, Elayanhu yang berumur 79 tahun berfatwa:

“Jika kita membunuh 1000 orang mereka (Palestin) tidak berhenti, maka kita bunuhlah 10,000. Jika mereka juga tidak berhenti, maka bunuhlah 100,000 orang. Jika tidak juga berhenti, bunuhlah semuanya.” Doktrin yang dikeluarkan pada tahun 2007 itulah menyemarakkan semangat zionis untuk terus menghukum bangsa Palestin, apabila menyerang Gaza, menyekat pelbagai bentuk bantuan, mengenakan tekanan dan seterusnya menyiksa kanak-kanak dan wanita sebagai dorongan pembersihan etnik.

Sumber

1 comments:

mr edz said...

nak cakap muliakan Islam tak buleh sebab nampak jambool..