Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 22, 2010

Inilah Kelebihan UMNO Online!!


Wakakakak!

Hari tu berbuih mulut Tengku Adnan (tengku???) suruh ahli-ahli kelab UMNO luar negara agar jangan baca portal melainkan UMNO Online..

Haaa.. sebabnya agar budak-budak belajar ni jadi macam tak terpelajar!!

Hari ni belum habis rakyat Malaysia tahu siapa calon PAS pun UMNO Online dah buat serangan peribadi.. Kalau terbukti betul lainlah.. ini fitnah!!

Teman teringat di PRK Hulu Selangor dulu..
berbuih jugak mulut pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mereka tidak akan serang peribadi calon PKR waktu tu Zaid Ibrahim..
Last-last belum apa-apa dah siap "superimpose' gambar Zaid kononnya sedang 'tanni'!!

Aduyai... Cakap munafik karang marah!!
Standard la pejuang melayu...
Tak solat pun dia jangan tuduh dia kafir..
membunuh pun sanggup dia!!

wakakakak!
sunsnake 22102010


'Jangan bergantung pada portal, baca Umno-Online'

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara.

Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan. "Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar. "Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan turut menyarankan agar anggota Kelab Umno Luar Negara tidak terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan menerusi media baru seperti pelbagai portal berita. Beliau menyarankan pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa melalui portal Umno di www.umno-online.com, dan tidak hanya bergantung maklumat kepada sesuatu portal berita sahaja.

Berita Penuh

Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata
Tidak sampai 24 selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan dakwaan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernahd ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku yang dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah merupakan ibunya.

"Fitnah semata-mata, boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

sumber

0 comments: