Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 21, 2012

Sah! PRU Lewat-lewat Bulan Jun!


Hok aloh...
main sukahati mak bapak je buat tuduhan..
tanpa ada dokumen untuk bukti awal..

Cer tengok PKR Rafizi buat tuduhan..
siap dokumen, siap gambo, siap ada hardcopy.. softcopy..
baru lah gentle dan bertanggungjawab!

Ini tuduh hanya untuk persepsi umum yang jahat!
Sekadar nak jadikan muka depan paper munafik!

hmmmmm....
Tak ingat mati langsung puak-puak neh!

budakbalun 21032012

Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti

KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.
"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.

Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).-mkini

0 comments: