Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 11, 2010

JAIS mangsa politik UMNO!


JAIS Tegas Tak Bertempat?

Islam Adalah Ajaran Yang Mengandungi Aqidah Ruhiyyah(Spiritual) Dan Siyasiyah (Politik). Islam adalah Deen (mabda) yang diturunkan oleh Allah SWT Pencipta manusia alam dan kehidupan kepada Nabi Muhammad SAW bagi mengatur seluruh hubungan kehidupan manusia. Mabda Islam mengandungi seluruh ajaran dan panduan hidup untuk manusia mengatur kehidupannya di dunia.

Panduan ini bersifat lengkap bertujuan untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan seluruh manusia - panduan bagaimana manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya, Allah SWT, dengan manusia lainnya, dan dengan dirinya sendiri. Seluruh panduan di dalam Islam berasal dari Allah SWT yang mutlak kebenarannya. Ia mengandungi perintah dan anjuran, begitu pula larangan dan cegahan, serta pilihan yang diserahkan kepada manusia. Secara garis besarnya, Islam adalah suatu mabda yang membicarakan persoalan berkaitan aqidah dan syariat. Atau dalam istilah lainnya, Islam mengandungi aspek fikrah dan thariqah.

Aqidah merupakan panduan yang berupa keyakinan-keyakinan yang wajib diimani oleh manusia. Sedangkan syariat adalah panduan hukum yang berkenaan dengan perbuatan manusia. Beberapa hal tentang persoalan aqidah dan syariat dapat dijelaskan dalam pembahasan ini adalah sebagai berikut:

1. Dasar aqidah Islam adalah Laa ilaaha illallah, muhammadun rasuulullaah. Ertinya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah utusan Allah SWT.

2. Aqidah Islam meyakini bahwa pencipta alam seisinya adalah Allah SWT. Manusia hidup di dunia ini untuk menjalankan seluruh perintah Allah SWT. Setelah mati, manusia akan dipertanggungjawabkan atas seluruh amal perbuatannya di dunia, di hadapan Allah SWT untuk kemudian diganjari ataupun disiksa sesuai dengan amalnya.

3. Aqidah Islam adalah aqidah yang membawa konsekuensi kepada manusia untuk terikat dengan syariat Allah SWT. Syariat tersebut melingkupi segenap aspek kehidupan manusia. Jadi, di dalam Islam, tidak ada satu pun aspek dalam kehidupan manusia ini yang terlepas dari aturan syariat Allah SWT. Syariat Islam meliputi hukum-hukum yang menyangkut antara lain : Aqidah, ibadah, akhlaq, muamalah (politik, ekonomi, kehakiman, pendidikan. sosial dan lain-lain)

4. Dari aqidah Islam inilah terpancar satu sistem kehidupan yang meliputi sistem politik Islam, sistem ekonomi Islami, sistem sosial Islam, sistem pendidikan Islami, sistem kehakiman Islami dan sistem-sistem Islam lainnya.

5. Aqidah Islam bukanlah aqidah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Aqidah Islam adalah aqidah ruhiyah(spiritual) sekaligus aqidah siyasiyyah(politik). Akidah ruhiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya keyakinan-keyakinan tentang akhirat, sedangkan aqidah siyasiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya peraturan-peraturan tentang kehidupan di dunia.

Maka untuk itu, jika setiap dari kita, samada rakyat biasa mahupun pemerintah memahami secara jelas ruang lingkup ajaran Islam seperti yang diperjelaskan di atas maka sudah pasti tidak akan timbul isu tidak boleh bercakap politik di dalam masjid. Ini adalah kerana politik merupakan sebahagian dari ajaran Islam dan jika umat Islam dilarang berbicara tentang politik maka secara tidak langsung ianya seolah-olah melarang seseorang itu bercakap tentang Islam di dalam masjid.

Bukankah ini suatu tindakan untuk memandulkan Islam dan juga suatu pengkhianatan kepada Islam sebenarnya? Maka dengan itu kita ingin memuhasabah pihak-pihak yang berkenaan agar tidak menghalang orang Islam mengatakan dan membicarakan persoalan politik di mana-mana sahaja termasuklah di dalam masjid. Cuma bagi setiap orang Islam, mereka perlu menyedari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ” Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik atau diam sahaja”.

Keterikatan dengan hukum syara’ (at-taqayyud bi al-hukm al-syar’i) berlaku umum untuk seluruh perbuatan manusia, termasuk aktiviti bersuara. Jika perintah Rasulullah SAW di atas dijadikan panduan maka sewajarnya JAIS tidak akan bersifat ”melulu” dalam mempertahankan larangan bercakap politik di mana-mana sahaja termasuklah di masjid mahupun surau. Apakah JAIS takut dengan bayang-bayang sendiri?

sumber - jebbat.blogspot.com

0 comments: