Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, February 26, 2010

Melayu tanpa Islam..


Apa kesudahannya episod-episod sedih ni?
Kehinaan demi kehinaan diterima oleh Umat Islam di Malaysia..
Dan pastinya Bangsa Melayulah yang 'solid' terhina!

Inilah bukti betapa Melayu gagal memelihara Bangsa Melayu!
Inilah buktinya betapa lemahnya melayu apabila cuba memperjuangkan bangsa!
Inilah buktinya betapa hinanya melayu apabila membuang Islam sebagai Ad-deen!

Malangnya..
Masih ramai Melayu masih tak nampak!
Masih ramai melayu yang nampak Hanya bangsa melayu sahaja yang boleh memartabatkan melayu!
Menyangkakan seolah-olah Islam ditakdirkan Allah SWT dianuti oleh majoriti melayu hanya untuk melayu!

Melayu makin layu..

Percayalah wahai melayu
Hanya Islam yang akan memartabatkan melayu!
Hanya Islam yang akan membawa keluar melayu daripada kehinaan!
Hanya Islam yang akan menyatukan melayu!
Bahkan,
Semua bangsa di dunia akan bersatu apabila menerima Islam!
Kerana Islam tidak mengutamakan bangsa..

huh! naik letih dan berbuih mulut nak sedarkan melayu..
sunsnake 26022010

Kanak-kanak tiga tahun mati dipercaya didera teman lelaki ibu

26/02/2010 2:53pm

KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.

"Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

"Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka. - Bernama

0 comments: