Pagi tadi teman menyidai pakaian di belakang rumah..
Maklumlah.. sejak Bik Mama teman dalam pantang ni..
teman la Mr. Mamanya! adehhh!!
Sekonyong-konyongnya teman terlihat sekumpulan budak sekolah menengah di rumah kosong belakang rumah teman.. Wah! Siap berasap merokok lagi!
Teman melihat jam ditangan.. 7.45 pagi..
Hok Aloh.. setahu teman sekolah menengah tepi rumah teman ni start perhimpunan paginya 7.30 pagi.. So, memang dah memonteng la budak-budak nih!
Hisap rokok 7.45 pagi? hebat!
Disaat paru-paru tengah segar setelah slow moving masa tidur,
terus dipaksa bekerja keras seawal itu!
Dan yang hebatnya, budak-budak perempuan pun ada yang joint!
Hmmm.. rumah tu dah lah kosong..
gelap pulak tuh! Aiseh! jiwa teman pun turut sama ber'gelora'! Cheh!
Maklumlah.. Bik mama teman pun dalam pantang! wakakakaka!
Selesai sidai pakaian.. teman masuk kerumah dan bersiap untuk ke tempat kerja..
Disaat teman memandu keluar dari taman perumahan, pun kumpulan itu masih belum masuk ke kawasan sekolah.. tetapi kali ini di tepi tembok sekolah mereka.
Masih lagi berkumpulan mungkin yang sama.. masih ada budak-budak perempuan!
Teman melalui hadapan sekolah..
Perhimpunan sedang berjalan..
Kelihatan seorang guru bersongkok tinggi sedang memberikan ucapan di rostrum..
Mungkin Ustaz mereka..
Kelihatan jugak 2-3 orang pelajar berpakai merah jambu di pintu pagar sekolah, mungkin pengawas..
Dalam hati teman.. hmmmm.. nak buat macam mana..
biasalahh!!
Tengahari tadi teman bawa Bik Mama teman ke klinik di Bukit Sentosa..
Terpaksa korbankan waktu lunch teman.. pengorbanan untuk isteri tersayang syeikhhh!!
Balik dari klinik, drop by Bik mama teman di rumah, teman terus memandu kereta ke opis..
Di tepi jalan berhampiran semak, teman terlihat pula kelibat seorang pelajar lelaki sedang membuang sebahagian besar air Coca-cola dari botol.. Semakin teman menghampirinya jelas terlihat dia menuangkan pula air dari sebuah botol berbalut kertas ke dalam botol Coca-cola yang tinggal sedikit isinya tadi! Wah! Mungkin yang berbalut kertas itu 'Thai Song"! mungkin 'Bulldog"! ...
Teman meneruskan perjalanan ke opis..
Kini sebuah motosikal ditunggang perlahan melangkau "kereta kebal" teman..
Jelas teman dapat melihat seorang pelajar sekolah lelaki melayu tidak berhelmet..
Dibonceng oleh seorang remaja perempuan melayu yang tidak beruniform..
Berambut panjang.. Berseluar pendek! bertshirt ketat!
Melangkau teman dan membelok ke kawasan industri terbiar di Bukit Sentosa, Rawang ini..
Teman 'stunnned'!
Macam terkejut tapi hakikatnya teman rasa jugak macam dah biasa tengok..
Jauh di sudut hati teman..
Kecewa, takut, kesal, marah, sinis... semuanya ada!
Sejak pagi sesudah Subuh..
Hinggalah sesudah Zohor hari ini..
Teman melihat lambang kejatuhan sebuah bangsa!
Teman melihat ciri-ciri kehancuran sebuah bangsa!
Teman melihat tanda-tanda kepupusan sebuah bangsa!
Malah jauh daripada itu..
Inilah lambang keruntuhan sebuah bangsa yang mengaku beragama Islam!
Bermula dengan kehancuran perempuannya...
hmmmm.....
budakbalun 26012011
11 comments:
sedihnya geram,marah,bukan masa lagi utk menyalahkan umno lagi ,tapi kena bertindak membuang umno,menarik ahli umno ke arah yang lebih baik dan setrusnya mendoakan agar Allah satukan hati2 kaum muslimin dan mukmin .wahai ahli umno,tinggalkan umno jom masuk pas,agar persaudaraan kita di restui Pencipta.
Salam buat tuan..
Dalam menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran maka setiap orang perlu memain peranan.
Jangan kita terlalu mudah melepas tangan lalu meletak taggunjawab ini kepada orang lain. Setiap kita perlu menjaga diri dan ahli dari seksaan Allah. Jika semua orang Islam faham dan hayatinya maka tentu pekara sebegini tak akan terjadi.
Jika kita yang sedar maka sejauhmana kita mendekati mereka ? Pernahkan kita ziarah dan bertemu dengan penuh keiklasan hati untuk ajak berbuat baik dan meninggal kejahatan?. Bicaralah dengan penuh hikmah. Kerana kegelapan tidak akan berubah dengan maki hamun dan sepak terajang tapi akan kembali bersinar bila dibawa cahaya. Sekeras batu hati Hindun sekali pun bila hidayah datang maka katanya " Kalau dulu aku lari dari Islam tapi kini Islam telah masuk kedalam hatiku"
Maka atas usaha hidayah ini maka setiap kita perlu jalankan dan inilah yang telah terjadi kepada umat Islam dimerata tempat kerana telah meninggal kerja nubuwwah yang telah diamanahkan kepada kita sebagai ummah yang terbaik. Kerana kecuaian ini maka kegelapan demi kegelapan menyelubungi kita hinggakan kita meraba-raba mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah..walhal kita telah meninggalkan kerja dain IlallALLAH. ......walahualam
Bukit Sentosa, Rawang ekk? Rawang bukan dalam Selangor ke? Selangor bukan bawah kuasa PR (PKR-DAP-PAS) ke? Hmmm... subhanallah!
to anon atas nih..
dorg tuh hasil didikan dan bimbingan kerajaan sebelum nih + kerajaan pusat sekarang yang terlalu memperbanyakkan hiburan dan mcm2 aktiviti sosial yang melalaikan dan pergaulan bebas!
ziera - benar.. permasalahan ummah bukanlah untuk dituding kepada hanya seseorang atau sesebuah entiti walaupun UMNO yang telah memerintah Malaysia sekian lama kelihatan gagal mengaplikasikan Islam secara syumul didalam kehidupan rakyat Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khususnya..
Cikgu Di - teman setuju benor.. tiba masanya untuk kita buat perubahan secara total.. teman ceritakan hal budak sekolah adalah untuk membuktikan bahawa sistem pendidikan Malaysia yang bercirikan sekular gagal sama sekali membawa anak-anak kita dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh dan serius..
Anon 4:41am
Hmmm... tipikal umno!
Anon 8:59am
Setuju! tetapi benar jugak kata Anon 4:41am tu..
Kerajaan PR Selangor yang ada PAS didalamnya patut dah start perlaksanaan mensyumulkan Islam setakat terdaya..
Maklumlah.. sistem persekolahan masih lagi dikuasai oleh UMNO!
pergaulan bebas adalah tajaan umno belaka.....
jangan buat tajuk begitu...hancur melayu ....
Anon 12:04pm..
Tak buat tajuk begitu pun la ni melayu makin hancur!
Hancur dari segi agama dan sahsiahnya!
Salam besanku..Jaga Ahmad Fateh baik2 utk teman..hehe..
Kita sudah memasuki Fasa bencana rekaan manusia dan turning pointnya adalah kefahaman agama..
Satu dunia sedang mengalami kerosakkan yg sama umpama Domino yg telah berjatuhan ke hujung fasa krn telah menjual akhirat dgn harga yg sedikit iaitu nikmat dunia..
Kita tlh lama diperdayakan..
Sistem Demokrasi itu sebenarnya adalah candu yg ditawarkan oleh Protokol Zionis (diambil dari 24 perkara dari Persidangan di Balfast 1897)supaya manusia mudah ditudukkan dgn satu sistem..
Lihat bagaimana sesama kita bercakaran dgn tiada hentinya..
Adakah kalian fikir ini semua akan berhenti???
Tidak wahai saudaraku!!!
Ia akan berhenti apabila kamu semua menyedari Iran,Russia,Korea Utara dan Korea Selatan serta China sudah musnah ditangan Amerika dan sekutu2nya termasuk negara2 Arab..Dan apabila salah seorang dari tentera Kuffar itu menyatakan bahawa Salib telah menang,maka marahlah sebahagian dari tentera negara2 Arab itu dan berbunuhanlah mereka semua itu di Lembah Meggido..Ia akan dimenangi oleh Tentera Kuffar..
Selepas itu Muncul Panji2 Hitam dari bani Abbas..Mereka itu sebenarnya bukan Panji2 Hitam dari timur..Tetapi Panji2 dari Timur yg sebenarnya itu adalah dari Khurasan dimana Afghanistan merupakan sebahagian dari Khurasan selepas Wafat Rasulullah s.a.w dimana Ia dikuasai oleh kerajaan Islam dibawah Saidina Umar Al-Khattab..Itulah sebabnya Amerika menambah bilangan tenteranya di Afghanistan dan memperdayakan kita dgn pengunduran tentera di Iraq..Ini dilakukan utk melahirkan Sufiani ke 2(Sufiyani pertama adalah Saddam Hussein)utk kita diperdayakan bg kesekian kalinya..
Jika teman2 semua ingin tahu punca kerosakkan kita,belajarlah dari sejarah,kajilah bagaimana selepas pencerahan di Barat sekitar tahun 1700 masehi,bermula dari situlah saat2 kerosakan itu bermula sehingga kehari ini..
Wallahualam..
ape la nak jadi ngan bdk2 zaman skrg nie..semakin hari semakin teruk..kwn deela sorg cikgu ada cite bdk sek dia darjah 6 wat ehem kat bwh tangga sek..
pastu sorg lg kwn deela ada cite bdk form 2 masuk kelas mulut berbau arak..aduh aii sedihnyer anak2 bangsa kita jd mcm nie..huhu
im following u :P
Meh singgah: Kedai Makan Paling Mahal!
w.salam..
keluhum.. besanku? adehhh!!
menarik komen tuan..
Jazakallah!
fadheela,
itulah realitinya..
kalau dulu cerita2 runtuh moral ni banyak area bandar..
la ni sekolah area luar bandar pun havoc! silap2 kalah sekolah bandar!
hmmmm..
Post a Comment