Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 31, 2011

Felda... 'Fixed Deposit' UMNO?


Wah!
Bukan main marah tukang-tukang komen UMNO yang mengaku anak Felda di posting teman sebelum ni..
Ada yang mengaku anak felda.. ada yang mengaku anak felda dan adik-beradik ada Phd pelbagai..
Ada yang mengaku UMNO lah yang berjasa menubuhkan Felda..

Wakakakakaka!
Itu memanglah tanggungjawab kerajaan..
Hatta parti komunis memerintah di China pun..
Mereka sediakan keperluan asas untuk rakyat dan membangunkan kemudahan segala segi untuk rakyat..
Rasanya, hujah kenang jasa UMNO ni dah tak relevan..
Sememangnya tak relevan..

Seperti contoh,
Nabi Musa as sendiri pun lawan balik Firaun yang besarkan dia!
Sebab apa? Sebab Firaun itu zalim..
Adakah Musa mengorbankan prinsip dia semata-mata mengenangkan jasa Firaun yang membesarkannya?
Sirah Nabawiyah sebegini sebenarnya Allah SWT jadikan sebagai pedoman kita umat yang terkemudian..
Bukan sekadar untuk didengar di masjid-masjid..
Bukan sekadar nak lulus periksa!
Bukan sekadar nak sedapkan hati yang kita akan masuk syurga sebab tahu kisah nabi!

Memang UMNO yang mewarisi pemerintahan British di Malaysia ini..
Dan sememangnya apa yang dia buat adalah sebagai tanggungjawab dia sebagai Kerajaan Malaysia!
Dan apabila tiba masanya, apabila UMNO melakukan kezaliman demi kezaliman,
terbukti dipenuhi dengan rasuah yang kembali menyusahkan rakyat..
Maka apakah rakyat Malaysia harus membiarkan sahaja atas dasar 'mengenang jasa' UMNO?

Felda ditubuhkan untuk orang melayu oleh Tun Razak..
Itu fakta.. tetapi itu adalah jasa Tun Razak..
Setelah Tun Razak tiada, legasi pemerintahan UMNO kini dibawah anakandanya Najib Tun Razak..
Apakah kita rakyat Malaysia harus membiarkan sahaja kezaliman yang dibuat oleh Najib semata-mata kerana mengenangkan jasa Tun Razak?
Sekiranya jawapan kita ya, maka tunggulah saat-saat kehancuran Malaysia!

sunsnake 31012011

Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu. Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan. pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan. “Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Berita Penuh

9 comments:

blogenstarz said...

Salam yeop

Teman pun banyak kekawan dalam felda Suharto,Gedangsa,Besaut,Sg.Klah,sg.Buaya dan Trolak.
Mereka tak pernah bersuara pasal Kg.Baru kaum cina yang tidak memberi apa2 kepada kerajaan.
Entahlah yeop.....
Teman pun selalu pergi Bkt.Beruntung,Tmn.Bunga Raya dan sekitarnya.
Banyak berubah dah !
Beruntung .....

sunsnake@budakbalun said...

w.salam blogenz..
Sebab tulah Nizar nak bagi tanah kampung baru cina tu pada cina2 yang memang dah lama dok situ sejak belum merdeka lagi..

Deme duduk situ bukan bayor cukai tanah pun!
So, kalau dah serah ke deme..
kena la bayor cukai tanah..
kita kat kampung2 ni pun kena bayor cukai tanah!

Beruntung ke?
ce kamu guna kanta pembesor sikit lagi..
details kan sikit lagi..
baru tau beruntung ke idak!!
wakakakaka!

Anonymous said...

ALJUBURI
Relevan atau tidak mengenang jasa bukan hak kamu utk menilai, yang orang marah apa kes sesedap mak bapak ko jer tulis orang melayu felda bodoh? Bodo sebab tak sokong PAS yang menyembah DAP?Kalo PAS berjuang utk agama seperti yang di war-warkan, tak semestinya menang pilihan raya itu pengukur kejayaan mendapat rahmat ALLAH, sehinga sangup melacurkan prinsip2 perjuangan yang telah di perjuangankan oleh ahili2 PAS yg terdahulu.Nik Ajis yang da nyanyuk tu korang dok ikot dan agong2kan..Nik Ajis Ularmak peti undi, biar sesama islam berpecah belah asal BN dpt ditombangkan..itu nama perjuang islam???

aku MUSLIMAH said...

maaf mencelah..
buat aljuburi
astaghfirullah....
istighfr banyak2...
tok guru nik aziz itu seorang ulama'
sesungguhnya yang paling takutkan ALLAH adalah ulama'
tuanya TGNA bukan bermakna dia nyanyuk
tapi...generasi kita yang nyanyuk
lupa untuk memartabatkan ISLAM
masih mengagungkan UMNO walaupun banyak sudah kezaliman yang dilakukan..
kalau awak nak kate Najib yang nyanyuk...itu saya setuju...
sebab apa?
pernah ke dia sebut tentang akhirat?
apa dia sudah lupa ke tentang SATU hari yang PASti berlaku?
apa dia sudah lupa tentang SATU negeri yang abadi?
yang dia tahu hanya SATU malaysia
pernah dia sebut tentang SATU aqidah?
renung2kanlah..
saya khuatir SATU hari nanti ALLAH turunkan bala' pada MALAYISA YANG TERCINTA ni...
disebbkan terlalu banyak maksiat dan tak tertegaknya agama ALLAH!!!
kalau kamu mengaku ISLAM!!ayuh
sedarkanlah pemimpin kamu yang nyanyuk dengan DUNIA itu!

sunsnake@budakbalun said...

Aljuburi..
Nama pun dah tahap longkang..
teman malas nak ulas..

Terima kasih sudi bagi komen...

Anonymous said...

Woit aljuburi... memang kbnykn org felda bodoh nak buat mcm mana? Terima je lah kebodohan tu dulu kini dan selama-lamanya. Kalau org felda bijak dah tentu tak kena tipu dgn umno. Memang dasar melayu hutan. Setakat buat bini ppuan felda ok je... boleh dgr kata. Tak boleh pilih yg bijak sgt jd bini.

lobai joram pergai.. said...

Whakaka!!!!
Apa citer PAS gadai prinsip pulak neh!!!
Yg UMNO dgn MCA dan 13 lg parti komponen tuh x pe plak yer..
Politik is about networking la bro,kena ada sekutu mcm BN buat tuh..Apasal diorang bleh pulak???
Jgn throw the same card la..
MCA ckp Pas nk tubuh negara Islam,
UMNO ckp PAS plak gadai prinsip Islam..Mcm ne punya politik pun korang nk layan lg..x blajar sejarah tamadun ker korang neh..
Org bukan Islam dh sokong Parti Islam,yg Melayu jd kepanasan neh apasal pulak..
Bodoh x reti sejarah diorang neh..
Masa Muhammad Al-Fateh conqured Konstantinopel dulu sapa yg buatkan meriam besar utk diorang???
Kerajaan Hungary la Bhai...
Kerajaan Othmaniyah dh buat perhubungan dgn k'jaan bukan Islam sblm buat keputusan nk serang kota Konstantinopel,so xder sapa yg akan kacau laluan tentera Islam ke kota Konstantinopel
Itu la x nk kaji sejarah agama sendiri..
Apa korang fikir cina tuh dh pilih nk jadi Cina ke sblm Allah zahirkan diorang kedunia???
Pakai otak la sket Bro..
Islam x kira dgn bangsa dan warna kulit la..
Melayu jer yg lebih2..Klu x der Islam,korang jd Hndu smpai ke la neh..
Sedar la sket Melayu bangsaku!!!
Korang sebenarnya perkauman tebal 5 kaki..
Tu pasal korang bersangka buruk 24 jam..
Islam bkn mcm yg korang tunjuk kt bangsa kafir..
Islam korang Islam baka..
Tu psl jd mcm tuh!!!
Sikap korang neh yg buat Islamphobia makin menjadi-jadi..
Menang disisi manusia tuh apa harganya disisi Allah klu agama pun korang bolak balikkan kt org2 Kafir dgn imej2 negatif..
Jwb la sendiri dpn Allah nti..

sunsnake@budakbalun said...

Teman setuju dengan Normala..
Dia sanggup kalah dihina oleh segolongan manusia kerana tak mahu bersalam dengan lelaki..

Sedangkan si Azhar UMNO sanggup langgar syariat bersalam dengan perempuan bukan muhrim untuk menang pilihanraya!

Sendiri mau ingat laaaa!!

Anonymous said...

Salam bro,

Felda oh Felda...

PRK Hulu Selangor dulu pun setahu teman Felda juga la penyelamat umNGOK nie, dan petugas PAS siap kena marah ngan orang Felda kalau nak masuk kempen. Orang umNGOK dah berkampung awal-awal lagi kat FELDA supaya Fix Deposit depa terjamin.

Memang dah dasar orang Melayu kalau makan budi boleh tergadai body. itu la perumpamaan untuk orang Felda nie. Tanah 10 ekar tu seolah-olah tanah umNGOK yang diberi pada diaorang pasal tu depa akan tetap menyokong umngok, dan benda tu akan diungkit-ungkit oleh umNGOK.

macamana lagi nak buat ye..

-wakleman