Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 10, 2011

Salute Brade Mahfuz!!! BudakBalun Setuju!!!

Kami rela mati kerana UMNO! ehhh! silap.. Kerana Najib!! ehh silap Lagi! Kerana Malaysia!


Teman secara ikhlas nak bagitau..
Teman sehingga kini takde sebarang saman baik ekor mahupun sign tepi jalan..

Baru-baru ni seorang sahabat teman ngadu..
dia ada 9 saman ekor! semuanya speed trap! total beribu gak la nak kena bayor!
Kebetulan roadtax / insurans kete dia mati hujung bulan nih! dalam RM1000
Kebetulan kete dia pun dah 2 bulan tak bayor! ada la dalam RM800
Kebetulan anak dia 3 orang sekolah rendah! total yuran sekolah mau gak dalam RM200!

Sedih teman tengok dia termenung duduk sorang-sorang dalam surau ofis..
Nak buat macam mana...
Dia pun boleh tahan gak 'tegar' UMNO nye..
Bukan main suka UMNO menang PRK Tenang hari tu..
Cumanya kemenangan di Merlimau dan Kerdau dia tak sempat nak ulas kot?
Sebab pening kepala dengan masalah tadi..

hmmmm.. Hidup Melayu! Hidup Najib! Hidup FLOM!

sunsnake 10032011

Mahfuz: Jangan bayar kompaun saman ekor!


Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Harakahdaily
memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa. "Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Berita Penuh

0 comments: