Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 10, 2011

Isk! Malu-Malu Alah Pulak Najib neh!

Lantak la minyak naik! janji kami dapat gedik dengan pemuda UMNO!!!


Hek elehhh..
DS Najib Perdana Menteriku yang dikasihi..
Janganlah malu-malu alah nak naikkan harga minyak tu..
Tak payahlah nak bermukadimah dengan kenyataan yang memeningkan makcik pakcik felda..
Pertumbuhan ekonomi global laa..
Rasionalisasi Subsidi laaa.
Krisis Hutang Kedaulatan laa..

Ini semua bukan makcik pakcik felda paham...

tapi apa ada hal makcik pakcik felda tak faham??
Selamanya mudah memperbodohkan melayu-melayu UMNO nih!

Pusing-pusing ayat skit..
Masukkan perkataan wajib iaitu Ketuanan Melayu..
Sebut nama DAP sikit..
Sebut pasal Tun Razak sikit..
Sebut pasal 13 Mei sikit..

Mengalir lah airmata pakcik makcik felda tuh menyokong UMNO!
adehhhh!!

Naikkan aje harga minyak Ron97 ke RM5.10/liter
Naikkan aje harga minyak Ron95 ke RM3.00/liter..

abis cerita..
takyah pening-pening nak naikkan harga minyak dah sebab tak yah naikkan lagi sampai 2 tahun!
Buat aje.. rakyat Malaysia sanggup mati demi mempertahankan kemewahan pemimpin UMNO dan isteri-isteri mereka!

Apa ada hal?

sunsnake 10032011

Kerajaan Akan Ambil Langkah Pastikan Kenaikan Harga Minyak Tidak Jejaskan Permintaan, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.

Perdana Menteri berkata langkah berkenaan akan diambil jika harga tenaga itu terus meningkat di atas paras kritikan dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

"Pelaburan sektor swasta telah turun sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Katanya kerajaan komited mengenai program rasionalisasi sabsidi tetapi akan ia dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.

Peningkatan berterusan inflasi, katanya akan terus memberi kesan terhadap para pengguna.

Krisis hutang kedaulatan, katanya masih boleh diuruskan.

Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

NAIK JANGAN TAK NAIK,
TAHNIAH KEPADA PENCACAI umNGOK.
PADAN MUKA AKU. NAIK BESKAL LA LEPAS NIE.

-wakleman

sunsnake@budakbalun said...

adesssss..

nasib ko la waklemannn!!

wakakakakak!