Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 - Adehhh!! Nyesalnya tak kena tangkap!


Teman sedari jam 9pagi dah ada di area Sogo..
Berpusing-pusing didalamnya menantikan arahan selanjutnya..
Sempat gak la duduk-duduk dengan brader-brader SB depan pintu utama Sogo tuh!
Dah jadi macam kem polis dah area segitiga Sogo-Pertama-Campbell..

kul 12 tengahhari perut dah rasa lapar..
kena la naik ke Tingkat 6 sogo belasah makan dulu..
(untung peniaga atas tu..sikit punya ramai orang makan minum!)

Baca berita dibawah ni semalam.. chaitt!
untunglah sapa yang kena tangkap!
makan free!!!
teman kena RM8 kat Sogo makan tengahhari!!

wakakaka!!

kepada semua yang turut hadir dengan berani ke KL 9 Julai 2011..
Salute!!!!!!!!

kepada yang tak turun..
hek lehhhh!! hahahaha

korang semua berani! korang semua cool!

sorang semua telah mencipta sejarah!!!

hancur penipuan! hancur kezaliman!

hidup! hidup! hidup rakyat!
budakbalun 11072011

Polis belanja RM41,475 untuk kos makanan tahanan

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM41,475 diperuntukkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menampung kos makanan 1,659 individu yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di ibu kota, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, pihaknya memperuntukkan RM23 bagi setiap individu yang ditahan untuk menampung kos makanan dan minuman.


“Ini membuktikan layanan mesra kepada semua tahanan malah makanan yang disediakan kepada mereka lebih baik jika dibandingkan dengan anggota polis bertugas.

“Kenyataan ini sekali gus menolak dakwaan pihak pembangkang dan media asing yang mendakwa layanan buruk diberikan kepada tahanan perhimpunan haram berkenaan. “Malah, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut berada di setiap pusat tahanan bagi memantau kebajikan individu yang ditahan, kelmarin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.


Difahamkan, antara lokasi yang digunakan bagi menempatkan semua tahanan adalah Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Maktab PDRM Cheras dan Balai Polis Jinjang.

6 comments:

ibnmustaffa said...

err, lain macam nada tu bro. Turun kerana Allah atau, turun nak tunjuk terror? he, he.....

mr edz said...

ok la tu.. untuk rakyat sendiri jigak.. yang untuk depot tahanan asing tu camner gaye

budakbalun said...

wandi..
Hamba turun kerana Allah.. InsyaAllah.. cumanya kalau nampak macam hama ni terror.. Alhamdulillah! hahahah!

edz.. sokong!

Yong said...

Bising pasei kuor duit tu mak pak korang punya ke? Ape pun tak sampai RM24 juta.

ibnmustaffa said...

Cit! cap ayam jugak hang pa ni balun. kah! kah!

Unknown said...

polis buat statement yang terbaik aje macam dia sayang rakyat jelata, yang mereka kejar dan tembak tu apa. sampai bila pun buak bersih tak akan percaya dengan cakap polis. merapu. mengampu tuan-tuan dalam umno.