Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 23, 2010

Nikah Gantung! Idea Bijak!

Gambo hiasan je.. jangan marah ye Puan Serina!


Teman sokong cadangan daripada Dewan Pemuda PAS Pusat ni..
Jauh lebih baik daripada idea buat Sekolah untuk Gadis Hamil tu!
(khabarnya dah ada ibubapa call seklah tu, nak masukkan anak mereka!)..

Seingat teman keluarga teman dulu ada yang buat Nikah gantung ni..
memang idea asalnya dapat tentangan gak laa..
Tapi Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar..
dah beranak pinak pun pakcik-makcik tuh!

Mungkin akan ada yang memandang sinis idea ini..
Tapi sedarlah.. anak-anak yang lahir hasil nikah gantung ini lebih terjamin maruah mereka berbanding anak-anak yang dilahirkan tanpa bapa yang sah!

At least mak ayah mereka bernikah beb!

Tapi bimbang gak.. besok lain lak jadinya!
Ramai yang nikah gantung sebab dah termengandung!
aisehh!! haru!
Maklumlah.. melayu ni kan pandai modified!
Sampaikan hukum Islam pun nak dimodifiednye!
sunsnake 23082010

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Malaysian Insider

1 comments:

Anonymous said...

Nikah Gantung ke Nikah Mengandung??
bunyi lebih kurang je bro. Tapi apa-apa pun tetap SODAP!!!

-madir-