Allahuakbar!
kome analisa la dulu ye apa yang dikomen oleh Tok Khatib ni..
Apa-apa pun teman respect habis kat Tok Khatib ni..
sunsnake23082010
Khatib akui tak sebut nama Seri Paduka
2010/08/23
GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.
0 comments:
Post a Comment