Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 23, 2010

Rahim Tamby Chik - Sudah habiskah golongan profesional UMNO?


Aduyai!!
Punya la ramai melayu profesional di Malaysia ni..
Punya la ramai melayu bekas-bekas graduan universiti dalam dan luar negara..
Yang ada Phd dan master dalam ekonomi..
Belum kira yang ada pengalaman run business.. yang bekas kakitangan kerajaan Profesional pun ramai..
Dan yang paling penting.. calon tu ada kredibiliti dan bukan diragui ke'nafsuan'nya!
wakakakaka!

UMNO dah nak mati ni macam tu laa..
Tu dah habis pusing la kot? Dah takde calon lain dah..
Gila bro!! Bukan kecik anak nilai tanah Kampung baru nih!!
Mau makan tak habis dari Najib ke Ashman ke Anak Ashman ke cucu Ashman ke cicit Ashman ke piat Ashman ke piut Ashman ke... ke... ke...
Kena la calon yang dipercayai dan berintegriti ala UMNO yang handle..
adushhh!!!

Kenapa la makcik pakcik felda tak nampak benda ni..
kenapa la orang melayu tak nampak benda ni..
kenapa la Mufti Perak tak nampak benda ni!!
sunsnake 23082010

Kampung Baru: Lo' Lo' akan serah memorandum kepada menteri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali akan menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bulan depan.

Memorandum mewakili penduduk Kampung Baru itu bagi membantah pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru di Parlimen yang dijadual Oktober depan.

Lo’ Lo’ berkata, rang undang-undang itu tidak sewajarnya dibentangkan di Parlimen kerana masih ramai penduduk Kampung Baru yang tidak memahaminya malah tidak mengetahui mengenai makmal draf undang-undang tersebut.

“Kita mahu, menteri turun ke Kampung Baru dan menerangkan mengenai undang-undang perbadanan ini supaya penduduk faham. Kalau bagus, mestilah disokong.

“Walaupun menteri kata makmal itu diwakili penduduk Kampung Baru tapi mereka tiak merasa merak diwakili dalam makmal itu dan rata-ratanya tidak mengetahui,” kata Lo’ Lo’ ketika dihubungi harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat juga mempersoal keputusan kerajaan pusat mewujudkan perbadanan yang tidak diwakili oleh penduduk kampung Baru sendiri.


Berita Penuh

0 comments: