Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 6, 2010

Pelakon Bogel - Jamil Khir nak 'teliti' dulu? wakakaka!

Sedutan filem Remp-It... Julia Hana tuu!! perhhhh!! wakakaka!


Agak-agaknya tang mana Menteri UMNO ni nak telitikan ye?
Paling best, apa kriteria penelitian Menteri UMNO ni agaknya!

Nombor 2 best, apa bentuk hukuman agaknya yang ada untuk pelakon ni?

Kalau tanya sorang Ustazah UMNO tu, mau jawabnya boleh sebab darurat!!
Wakakakaka!

Teman kesian betul dengan nasib golongan agamawan dalam UMNO ni..
kena setelkan tahi-tahi yang dibuat oleh UMNO yang dulu, kini dan mungkin selamanya!

Yang jahanamkan moral budak-budak ni Kementerian-kementerian lain..
Kementerian yang dok jaga Islam ni la kena bersihkan!
Malang lagi sekali bila guna pencuci yang salah pulak tuh!

Gunakan filem untuk bagi pengajaran pada remaja?
Pergi mampus laa weii!!
Ingat tak dengan filem Remp-it?
kononnnya untuk sedarkan remaja..
walhal filem macam tu lah yang makin rosakkan remaja!
Tunjuk betapa syoknya hidup hedonisma macam mat-mat rempit tuh!
skrip paling sial..
"bil air dah tertunggak".. slumber je...
bagi budak-budak yang belum merempit jadi syok nak merempit!

yang untung? producer filem dan tokey panggung!!
Yang rosak siapa? budak melayu Islam!

sunsnake 06072010

JAKIM kena teliti adegan bogel: Jamil

Perlakuan dalam filem tak sesuai dan ditegah agama

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab meneliti adegan bogel yang dilakonkan oleh seorang pelakon lelaki dalam sebuah filem tempatan.

Katanya, perlakuan itu sama sekali tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan norma masyarakat serta ditegah dalam agama Islam walaupun ia bertujuan untuk menyedarkan masyarakat.

“Orang sudah membuat filem sejak beratus tahun ,tak memerlukan kepada keadaan itu (berbogel) untuk memberikan pengajaran ..., (Tan Sri) P Ramlee sudah banyak buat filem pun tak pernah buat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini semalam.

Dalam laporan sebuah akhbar kelmarin, seorang pelakon, Arja Lee, 27, mengaku beliau berbogel dalam sebuah adegan filem bertajuk ... Dalam Botol yang mengisahkan mengenai seorang lelaki menukar jantina dengan melakukan pembedahan alat sulit.

Jamil Khir berkata, pihaknya akan meneliti sama ada untuk memberi peringatan ataupun membuat tindakan sewajarnya terhadap pelakon filem itu yang membuat pengakuan terbuka bahawa beliau berbogel untuk menjayakan adegan ‘panas’ itu walaupun diberi pilihan oleh pengarah filem berkenaan.

Berita Penuh

0 comments: