Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 6, 2010

Mustapha - Pakatan Rakyat Rapuh!


Teman setuju dengan perkataan 'rapuh' yang digunakan oleh Tok Pa tapi adalah lebih baik rapuh daripada reput!

Pakatan Rakyat sesuai dengan umurnya yang setahun jagung sememangnya rapuh atas sedikit perbezaan didalam menyesuaikan diri dengan budaya politik perkauman yang telah sekian lama dibentuk oleh UMNO-Barisan nasional.

Walaupun 'rapuh', tahap profesionalisma antara pimpinan kesemua parti dalam PR sangat tinggi dan atas usaha UMNO-BN yang sering menyerang tanpa henti, secara tidak langsung telah membantu mengurangkan kerapuhan tersebut malahan semakin menguatkan struktur PR itu sendiri!

Lihatlah Pakatan Rakyat Perak sebagai contoh, diawal penubuhan Kerajaan negeri dahulu, memang benar terdapat konflik dan situasi yang agak tegang diantara ketiga-tiga parti PR tetapi setelah apa yang berlaku iaitu rampasan 'kudeta' UMNO-BN, Pakatan Rakyat Perak boleh dikatakan terkuat ukhwah dan kesefahamannya diterajui oleh DS Nizar Jamaludin.

Kesimpulannya, sesuai dengan usia Pakatan Rakyat, harapan menggunung rakyat Malaysia untuk melihat perubahan yang kini berada ditangannya sangat mencabar dan penuh dengan liku. Ditambah pula dengan agenda keji dan zalim oleh UMNO-BN yang saban hari menikam dan menghiris Pakatan Rakyat dengan isu-isu 'pelik' terutama berkaitan dengan kerajaan negeri-negeri dibawah pemerintahan PR.

Ada logiknya Mustapha berkata sebegitu kerana dia sendiri kehilangan akal untuk merampas Kelantan daripada PAS!

sunsnake 06072010

Umno bukan parti memuja pemimpin: Mustapa

JELI: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Umno bukan sebuah parti primadona yang berkonsepkan pemujaan terhadap seseorang pemimpin tetapi berjuang atas dasar parti dan masa depan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata parti yang berjuang atas dasar pemujaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan kekal lama.
"Malah, ia akan mudah hilang pengaruh apabila tiba masanya menyebabkan anggotanya berpaling tadah kepada Umno atau Barisan Nasional (BN)," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno empat peringkat di Kompleks Umno Bukit Nangka, dekat sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli, berkata gabungan parti dalam pakatan pembangkang, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP adalah rapuh dan bukan ikatan yang kuat.

"Tetapi oleh kerana rakyat terlalu terpengaruh dengan emosi politik ketika itu (pilihan raya umnum 2008) menyebabkan rakyat menolak Umno atau BN.

"Tetapi kini keadaan ternyata berubah apabila ramai pemimpin atau wakil rakyat daripada parti pakatan pembangkang itu mula berpaling tadah dan hilang kepercayaan dengan pemimpin tertinggi mereka," katanya. - Bernama

0 comments: