Tuesday, July 6, 2010
Mukhriz - RPK sama saja macam Saiful Bukhari!
Bro Mukhriz..
Kalau setakat cerita macam ni.. teman pun boleh cakap!
"Saiful Bukhari ada cakap kat saya, tuduhan dia kepada Anwar Ibrahim tu tipu aje.. hanya 5% sahaja yang betul iaitu Anwar Ibrahim ambil dia bekerja sukarela sebagai budak bancuh air.. lagi 95% tu semua tuduhan jahat terhadap Anwar!" itu Saiful cakap kat teman 2 tahun dulu laa..
Itu kalau teman nak buat cerita laaa.. bukan betul-betul pun..
(ayat ni teman terpaksa tambah sebab ada pencacai UMNO bodoh tak faham tulisan teman! Dia ingat teman betul-betul maksudkan ayat diatas... bangang punya pencacai UMNO!)
Apa punya Menteri la Mukhriz ni..
Takkan rakyat Malaysia asyik nak kena tipu aje?
Sejak zaman bapak.. sampai ke anak! aduyaii!
Simple je hal RPK ni.. Kalau betul dia menipu.. dia menokok tambah cerita..
usahakanlah dia dibawa ke mahkamah! Sama dia secukup-cukupnya!
Bagi dia keluarkan hujah-hujah apa yang perlu..
Sama-sama berdebat di Mahkamah! Biar satu dunia tahu hal sebenar..
Kalau setakat macam si Mukhriz ni.. memekik-mekik melolong-lolong depan wartawan Utusan..
Anak teman umur 6 tahun pun boleh buattt!!
Aduyaiii!!... UMNO dah nak mati ni macam-macam laaa..
sunsnake 06072010
Raja Petra tokok tambah tulisan - Mukhriz Mahathir
Penulis blog akui rencana hanya 40% fakta
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata hanya separuh daripada kandungan tulisan pengendali portal berita, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berdasarkan fakta, manakala selebihnya sengaja ditokok tambah.
Beliau berkata, perkara itu diakui sendiri Raja Petra Kamaruddin, yang juga dikenali sebagai RPK, dalam perjumpaan mereka beberapa tahun lalu.
“Beberapa tahun lalu, saya bertanya kepadanya mengenai beberapa laporan yang beliau tulis. Saya tanya ‘dari mana anda dapat fakta itu’ dan beliau secara selamba berkata rencananya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya ditokok tambah," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan Adventure Kayak Race (AKAR) Jerlun di sini, semalam.
Mukhriz berkata, beliau kemudian membuat andaian bahawa rencana lain tulisan Raja Petra juga adalah sama tarafnya.
Berita Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aku harap kau bukan tergolong budak penyebar fitnah.
InsyaAllah... aku harap ko pun bukan tergolong penyokong toghut dan pencinta fitnah!
Post a Comment