Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, July 6, 2010

Amacam Malaysia? Ada bran?


SEBUAH lebuh raya lengang ekoran mogok yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak di Mumbai semalam.

Pehhh.. Bandar Mumbai yang super-padat tu pun leh lengang!
Ini baru betul mogok beb!

Agak-agak rakyat Malaysia ada bran buat macam tu?
Naik harga minyak sampai 70 sen pun rakyat Malaysia rilek je.. Tak naik minyak pun?

Tambahan pencacai UMNO... macam kena gigit nyamuk je pada depa!
Biar susah melarat! Janji pemimpin UMNO tak hilang walau 1 sen pun elaun!

chiss!! bangang betul!

sunsnake 06072010

Mogok lumpuhkan bandar di India

NEW DELHI - Pasukan polis India mengarahkan anggota-anggotanya berkawal di bandar-bandar seluruh India semalam ekoran mogok besar-besaran kerana kenaikan harga minyak sekali gus menjejaskan perkhidmatan kapal terbang dan kereta api selain menyebabkan banyak sekolah serta premis perniagaan ditutup.

Mogok itu dianjurkan oleh parti pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan parti-parti berhaluan kiri bagi menunjukkan penentangan terhadap program pembaharuan yang dilaksanakan pemerintah.

Pada bulan lalu, pihak pemerintah menamatkan subsidi petrol dan mengumumkan kenaikan harga bahan api lain sebagai satu langkah utama demi mengurangkan defisit fiskal yang serius. Mogok itu dilihat tertumpu di Mumbai dengan seramai 40,000 anggota polis ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya kekacauan yang lebih besar.

Penerbangan ke Mumbai terjejas teruk dengan syarikat penerbangan domestik membatalkan 25 pelepasan dan 39 ketibaan penerbangan. Teksi di bandar itu turut tidak beroperasi. - AFP

2 comments:

C++ said...

Bhai ABB...

Kat Malaya dulu pernah ader HARTAL ... lumpuh gak satu Malaya.... hehehe... nak tau lanjut sila tanya lebai Google tentang cerita "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka"

sunsnake@budakbalun said...

Bro.. owh.. yeke??
wokey2 teman usha..

TQ3x